Hadiah Pulitzer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hadiah Pulitzer
Anugerah untuk Kecemerlangan dalam kewartawanan akhbar, kesusasteraan dan gubahan muzik
Dihadiahkan oleh Universiti Columbia
Negara Amerika Syarikat
Anugerah pertama kali 1917
Laman rasmi www.pulitzer.org

Hadiah Pulitzer ialah anugerah untuk pencapaian dalam kewartawanan akhbar dan digital, kesusasteraan dan gubahan muzik di Amerika Syarikat. Anugerah ini diperkenalkan pada 1917 melalui peruntukan dalam wasiat Joseph Pulitzer dan diselia oleh Universiti Columbia di Bandar Raya New York.

Anugerah ini diberikan setiap tahun dalam 21 kategori. Dalam 20 kategori, pemenang menerima sijil dan AS$10,000 tunai.[1] Pemenang dalam kategori perkhidmatan awam kewartawanan pula dianugerahkan pingat emas yang selalunya diberikan kepada akhbar, bagaimanapun individu akan dinamakan dalam petikan.[1][2] Banyak orang telah memenangi lebih daripada satu Hadiah Pulitzer.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Topping, Seymour (2008). "Administration". The Pulitzer Prizes. Columbia University. Diperoleh pada 31 Januari 2013. 
  2. "The Medal". Pulitzer Prizes. Diperoleh pada 31 Januari 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]