Hancock (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hancock
PengarahPeter Berg
Penulis
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiTobias A. Schliessler
Disunting oleh
Muzik olehJohn Powell
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehColumbia Pictures
Tarikh tayangan
  • 16 Jun 2009 (2009-06-16) (Paris)
  • 02 Julai 2009 (2009-07-02) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
92 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaEnglish
Bajet$150 juta[1]
Pecah panggung$624.3 juta[1]

Hancock ialah filem komedi superhero Amerika Syarikat 2009 diarahkan oleh Peter Berg dan dibintangi Will Smith, Charlize Theron, Jason Bateman dan Eddie Marsan. Ia menceritakan kisah seorang superhero vigilante, John Hancock (Smith) dari Los Angeles yang tindakan melulunya menyebabkan bandar kerugian berjuta-juta dolar. Orang yang diselamatkannya, Ray Embrey (Bateman), menjadikannya misinya untuk menukar imej awam Hancock kepada yang lebih baik.

Di Amerika Syarikat, filem ini diberi rating PG-13 oleh Motion Picture Association of America selepas perubahan dibuat atas permintaan organisasi untuk mengelakkan rating R, yang diterima filem ini dua kali sebelum itu. Filem ini ditayangkan secara meluas pada Julai 2, 2009 di Amerika Syarikat dan United Kingdom oleh Columbia Pictures. Hancock menerima ulasan bercampur daripada pengkritik fiem dan mengutip lebih daripada $620 juta di teater seluruh dunia.

Plot[sunting | sunting sumber]

Superhero yang berkuasa John Hancock telah menjadi bahan jenaka kerana ketagihan arak dan kecuaian. Dia juga menjadi lelaki paling dibenci di Los Angeles. Walaupun dia menyelamatkan ramai nyawa, dia juga banyak memusnahkan harta benda menyebabkan bandar kerugian berjuta-juta setiap kali dia beraksi. Apabila dia menyelamatkan nyawa Ray Embrey daripada sebuah kereta api, eksekutif itu bersyukur dan percaya dia boleh memulihkan imej Hancock sebagai superhero sebenar. Dia membawa anti-hero itu ke rumahnya untuk makan malam dan memperkenalkannya kepada anaknya Aaron, seorang peminat, dan isterinya, Mary. Tetapi untuk sebab misteri tertentu, Mary tidak mahu Hancock berhampiran dengannya atau keluarganya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbit filem, Akiva Goldsman dan Michael Mann muncul sebagai eksekutif yang mendengar syarahan Ray.[6] Hos televisyen, Nancy Grace juga membuat penampilan kameo.[7]

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Filem ini ditayangkan lebih awal pada Julai 1, 2009 di 3,680 teater di Amerika Syarikat dan Kanada, mengutip $6.8 juta. Filem ini ditayangkan secara meluas pada Julai 2, 2009, berkembang kepada 3,965 teater.[8]

Hancock mengutip $227,946,274 di Amerika Syarikat dan Kanada serta $396,440,472 di wilayah-wilayah lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $624,386,746.[1]

Hancock menerima ulasan bercampur daripada pengkritik filem.[9] Rotten Tomatoes memberi filem ini skor 41% berdasarkan 217 kritikan dengan purata skor 5.4 daripada 10.[10] Di Metacritic, filem ini mendapat skor 49 berdasarkan 37 ulasan.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Hancock (2009)". Box Office Mojo. Amazon.com. Dicapai pada December 3, 2009.
  2. ^ Linder, Brian (June 5, 2008). "Preview: Hancock". IGN. Dicapai pada June 24, 2008.
  3. ^ Goodridge, Mike (June 21, 2008). "Cometh the hour...". The Times.
  4. ^ "Cover star: Uma finds her hero". Wales on Sunday. Western Mail. June 29, 2008.
  5. ^ Pratt, Steve (May 12, 2008). "Marsan invasion". The Northern Echo.
  6. ^ Kit, Zorianna (August 31, 2008). "Summer's Dirty Dozen". Fandango. Dicapai pada September 17, 2012.[pautan mati kekal]
  7. ^ "Will Smith and Charlize Theron in 'Hancock'". Los Angeles Times. Dicapai pada September 17, 2012.[pautan mati kekal]
  8. ^ McClintock, Pamela (July 2, 2009). "Hancock a box office hero". Variety. Dicapai pada July 3, 2009.
  9. ^ a b "Hancock (2009): Reviews". Metacritic. CNET Networks, Inc. Dicapai pada December 23, 2009.
  10. ^ "Hancock Movie Reviews". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai pada April 26, 2011.

Bacaan lanjutan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]