Columbia Pictures

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Columbia Pictures Industries, Inc.
Jenis Persendirian (hingga 1926)
Anak syarikat
Ditubuhkan Los Angeles, California, A.S. (Mei 1919 sebagai C.B.C. Film Sales, dinamakan semula Columbia Pictures di 1924)
Ibu pejabat Culver City, California, A.S.
Orang utama Doug Belgrad dan Matt Tolmach (presiden bersama)
Industri Perfileman
Pemilik Bebas (milikan persendirian) (1919–1926)
Bebas (dagangan awam) (1926–1982)
Coca-Cola Co. (1982–1987)
Columbia Pictures Entertainment, Inc. (dagangan awam) (1987–1989)
Sony (1989–kini)
Induk Sony Pictures Entertainment
Laman web www.sonypictures.com

Columbia Pictures Industries, Inc. (CPII) adalah sebuah syarikat penerbitan dan pengedar filem tersohor dari Amerika Syarikat yang kini menanggotai Columbia TriStar Motion Picture Group milik Sony Pictures Entertainment, anak syarikat konglomerat Sony dari Jepun.

Studio filem yang diasaskan pada tahun 1919 dengan nama Cohn-Brandt-Cohn Film Sales oleh adik-beradik Jack dan Harry Cohn dan Joe Brandt ini mengeluarkan filem cetera pertamanya pada Ogos 1922. Ia memakai nama Columbia Pictures pada tahun 1924 dan menjual sahamnya kepada umum dua tahun kemudian. Bermula sebagai syarikat kecil di Hollywood pada tahun-tahun terawalnya, Columbia makin berkembang pada akhir 1920-an atas dorongan hubungan yang erat dengan pengarah Frank Capra.

Pada tahun 1982, studio ini dibeli oleh syarikat Coca-Cola; pada tahun yang sama, Columbia berusaha bersama HBO dan CBS untuk melancarkan TriStar Pictures. Lima tahun kemudian, Columbia dilepaskan oleh Coca-Cola, lalu bergabung dengan Tri-Star untuk membentuk Columbia Pictures Entertainment. Setelah tidak lama bebas walaupun kepentingan kewangannya dijaga oleh Coca-Cola, studio gabungan Columbia dan Tri-Star itu akhirnya dibeli oleh Sony pada tahun 1989.


[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan luar

Templat:Sony Corp Templat:Film Studio

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain