IGN
![]() |
|
| URL | (Inggeris) http://www.ign.com/ |
|---|---|
| Komersial? | Ya |
| Jenis tapak web | Permainan video & Hiburan |
| Pendaftaran | Percuma, IGN Insider, Kelab Pertubuhan |
| Pemilik | News Corporation |
| Dicipta oleh | Imagine Media |
| Dilancarkan | 1996 |
| Status semasa | Aktif |
IGN (disingkatkan dan asalnya sebagai International Gaming Network) ialah sebuah laman web berita dan ulasan multimedia yang bertumpu secara meluas tentang permainan video. IGN Entertainment memiliki serta mengawal laman-laman berasingan IGN misalnya seperti GameSpy, Rotten Tomatoes dan AskMen.
Laman web utama IGN terdiri daripada beberapa laman web khas yang lain, setiap daripada mereka menduduki domain kecil pada IGN. Lokasi laman web tersebut, seringkali digelar sebagai "saluran" (channels), meliputi tiga buah generasi permainan video: Permainan video PC, Nintendo GameCube, Wii, Nintendo DS, Game Boy, Xbox, Xbox 360, PlayStation 2, PlayStation 3, PSP, Wireless, Retro, N-Gage, PlayStation, Nintendo 64, Dreamcast, dan Macintosh. Juga terdapat Kod dan taktik menipu (Cheats & Codes), FAQ, podcast serta garis panduan permainan video yang terperinci. Selain itu, IGN memiliki saluran-saluran untuk Filem, DVD, Muzik, Komik, Gear, Sukan, Anime, Kereta, Bintang (asalnya digelar "Babes"), dan TV. Setiap saluran ini terdiri daripada beberapa bahagian yang kecil, seperti Profil Permainan video/Filem, Senarai Produk, Preview, Ulasan, Ciri-ciri, Berita, Mailbag, Pilihan Editor, Tarikh Keluaran serta pautan-pautan kepada senarai bantuan terhadap permainan video tersebut.
Pautan luar [sunting]
- (Inggeris) Asal-usul: Sejarah IGN
- (Inggeris) WhatGameDoYouGame.Com - Sebuah laman peminat
