Hannan Mohd Yusof

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dr Hannan bin Mohd Yusof

Dr. Mohd Hannan bin Yusof (Jawi: هننن بن محمد يوسف); dilahirkan pada 28 June 1984 ialah seorang usahawan bumiputera Malaysia, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hannan Medispa Sdn Bhd (menjalankan perniagaan sebagai Hannan Medispa) yang merupakan sebuah pusat kecantikan spa perubatan di Malaysia, ditubuhkan dengan objektif teras perniagaan mereka "untuk menjadikan dunia tempat yang lebih indah”.[1]

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Dr. Hannan ialah seorang usahawan Malaysia berbangsa Melayu yang berasal dari sebuah perkampungan di Pasir Puteh, Kelantan.[2] Dilahirkan  pada 28 June 1984, Dr. Hannan merupakan anak ketiga daripada 5 adik beradik lelaki. Bapanya merupakan seorang Pembantu Hospital and ibunya merupakan guru.[3] Bapanya berasal dari keluarga yang kurang berada dan dibesarkan oleh keluarga angkat. Menurut bapanya, Dr Hannan diberikan nama 'Hannan' kerana ibunya amat mengidamkan anak perempuan. Maksud bagi nama Hannan ialah penyayang dan baik hati.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Membesar di keluarga yang sederhana, Dr Hannan menyedari hanya kecemerlangan dalam pendidikan dapat mengubah nasib keluarga beliau. Berbekalkan keputusan cemerlang 4A dalam peperiksaan UPSR, Dr Hannan mendapat peluang untuk memasuki sekolah berasrama penuh Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra. Terbukti sebagai seorang pelajar contoh, Dr Hannan mendapat 8A dalam PMR dan 9A dalam peperiksaan SPM yang didudukinya.

Selain kecemerlangan akademik, Dr Hannan juga sangat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Dr Hannan pernah menjadi kapten bola keranjang sekolah, pengawas sekolah dan juga penglibatan dalam debat Bahasa Inggeris. Selepas tamat persekolahan, Dr Hannan menerima biasiswa JPA untuk menyambung pengajian ijazah perubatan di Moscow. Dia adalah salah seorang daripada beberapa pelajar terpilih yang menjadi kumpulan pertama yang ditaja oleh JPA ke Universiti Perubatan Negeri Rusia di Moscow.[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dr.Hannan ialah pakar dalam bidang Dermatologi Kosmetik, Botulinum Toxin A & Filler, Perubatan Anti-Penuaan, Mesotheraphy, prosedur Ginekologi Estetik dan Sclerotherapy. Beliau juga merupakan ahli American Academy of Aesthetic Medicine.[5]

Selepas lima tahun berkhidmat sebagai pegawai perubatan di hospital kerajaan dari 2008-2012,[6] Dr Hannan meninggalkan bidang perubatan pada tahun 2012 demi mengembangkan minatnya dalam perubatan estetik. Bermula dengan sebuah klinik bernama Klinik Primer Kota Bharu, Kelantan, spa ini diasaskan pada tahun yang sama. Walaupun pada mulanya mengalami beberapa halangan perniagaan, beliau berjaya mencapai pendapatan hampir RM 2 juta dalam tempoh dua tahun pertama penubuhan.  Dia kemudian pergi ke Korea, United Kingdom dan Taiwan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kecantikan dan kosmetik serta mengikuti teknologi terkini dan rawatan terkini untuk kecantikan.

Pada tahun 2014, beliau membuka Klinik Hannan & Por di Subang, Selangor, yang berkembang menjadi Klinik Hannan pada 2018. Selepas lebih tujuh tahun, Hannan Medispa kemudiannya mengembangkan perniagaan mereka di luar Kelantan pada 2014. Cawangan kedua dibuka di Bangi dan diikuti di Shah Alam, kedua-duanya in Selangor.

Hannan Medispa[sunting | sunting sumber]

Hannan Medispa

Dengan lebih daripada 100 cawangan[7] dan lebih daripada 3 juta pelanggan di seluruh Malaysia, Dr. Hannan boleh dianggap sebagai seorang ushawan bumiputera terkemuka yang merevolusikan industri estetik di Malaysia dengan tumpuan kepada rawatan kecantikan semula jadi terutamanya untuk terapi muka, jerawat dan pigmentasi serta pelangsingan badan. Sehingga tahun 2023, Dr.Hannan telah memiliki lebih daripada 100 cawangan Hannan Medispa di seluruh Malaysia. Setiap lokasi dilengkapi dengan kemudahan moden dan kakitangan profesional berpengalaman berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan medispa untuk pelanggan.[8]

Sumbangan Komuniti[sunting | sunting sumber]

Sepanjang usaha perniagaannya, Dr Hannan turut membantu pembangunan sosial masyarakat dengan peluang keusahawanan dan badan amalnya. Pada 16 Januari 2022, Hannan Medispa memenangi kes saman fitnah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu terhadap seorang doktor yang mendakwa pusat kecantikan itu menipu pelanggan dengan menggunakan produk murah. Dr Hannan mengumumkan untukmenyalurkan wang kemenangan saman fitnah sebanyak RM1 juta tersebut kepada anak yatim dan masjid di negeri Kelantan. [9]

Dr Hannan Yusof turut menyertai Give Hope to Autistic Children pada bulan Ramadan dan mengumpul dana untuk membantu kanak-kanak autistik daripada keluarga berpendapatan rendah di Pusat Autisme IDEAS.[10]

Pencapaian dan Anugerah[sunting | sunting sumber]

Antara anugerah yang dimenangi oleh Dr.Hannan termasuklah Anugerah Kepimpinan Industri Pusat Kecantikan & Produk Kosmetik pada 2017 daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia.[11]

Cabang Lain[sunting | sunting sumber]

Sejak tahun 2020, Dr Hannan juga telah mengembangkan perniagaan Medispa beliau menjadi pusat kecantikan lengkap berkonsepkan Muslimah yang mewah. Setiap cawangan Hannan Medispa mempunyai salun Muslimah iaitu Hannan Muslimah Salon yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan. Salun in memberi penekanan untuk menggunakan pewarna rambut yang halal dan penggaya rambut mahir yang telah menamatkan latihan dari Kimarie Hair Academy.[12]

Pada tahun 2022, Dr Hannan membuka salun vendor pertama yang dikenali sebagai HIPSalons, yang terletak di Kuala Lumpur. HIPSalons ialah Malaysia's 1st Advanced Co-Sharing All Suite Salon[13]. HIPSalons Kuala Lumpur terletak di Menara Ken TTDI, Taman Tun Dr. Ismail dan dilengkapi dengan lebih 20 suite peribadi dan lobi umum yang canggih. HIPSalons Penang terletak di Jalan Kek Chuan, Pulau Pinang dan berkonsepkan gabungan reka bentuk salun moden dengan seni bina kolonial. Suite EveryHair Stylist dilengkapi dengan Kerusi Takara premium yang terkenal dengan reka bentuk yang sangat selesa dan mewah.

Aestech Pro Enterprise ialah sebuah kilang kosmetik yang beribu pejabat di Johor Bharu, dimiliki Hannan Medispa Sdn Bhd. Semua produk Hannan Cosmetics dihasilkan di kilang ini.

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Dr Hannan telah berumahtangga dengan Dr Shahidatul Adha Mohamad yang merupakan rakan universiti ketika di Moscow. Mereka mempunyai empat orang anak, malangnya anak ketiganya meninggal dunia akibat pramatang.[14] Dr Shieda merupakan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dalam bidang Oftalmologi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "HANNAN MEDISPA OFFICIAL". hannanmedispa.my. Dicapai pada 2023-11-07.
  2. ^ "PressReader.com - Digital Newspaper & Magazine Subscriptions". www.pressreader.com. Dicapai pada 2023-11-07.
  3. ^ "Pengorbanan bapa terus dihargai, ziarah erat kasih sayang keluarga".
  4. ^ "Facebook". www.facebook.com. Dicapai pada 2023-11-07.
  5. ^ "The American Academy of Aesthetic Medicine". www.aaamed.org. Dicapai pada 2023-11-07.
  6. ^ "Dr Hannan Yusof".
  7. ^ "Branch". hannanmedispa.my. Dicapai pada 2023-11-07.
  8. ^ "About Us". hannanmedispa.my. Dicapai pada 2023-11-07.
  9. ^ MOHAMED, ROSLIZA (2022-02-03). "Sedekah duit kemenangan saman fitnah RM1 juta kepada anak yatim, masjid". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-11-07.
  10. ^ "Dr Hannan Gives Back to Autistic Kids". SimplyGiving.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-07.
  11. ^ Malaysia, Top 10 of (2017-04-19). "Anugerah Personaliti Industri & Usahawan 2017". Top 10 of Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-07.
  12. ^ Kelly, Sunshine. "115 By Kimarie & Hannan". Dicapai pada 2023-11-07.
  13. ^ "ABOUT". HIPSALONS (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-29.
  14. ^ Kosnon, Nurul Huda (2017-06-16). "Aisya, anak syurga..." Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-07.