Hanover

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

52°22′U 9°43′T / 52.367°U 9.717°T / 52.367; 9.717

Hanover (Hannover)
frames
Lambang Hanover
 
{{{size2}}}
Lokasi Hanover di Jerman
 
Negara Jerman
Negeri Lower Saxony
Kawasan pentadbiran Hanover (region) (disbanded 1 January 2005)
Daerah Hanover (district)
Unit pentadbiran
Jumlah penduduk 515,772 source (2005)
Kawasan 204.01 km²
Kepadatan penduduk 2528 /km²
Ketinggian 55 m
Koordinat 52°22′ N 9°43′ E
Kod pos 30001 - 30669
Kod kawasan 0511
Kod plat nombor H
Datuk Bandar Stephan Weil (SPD)
Laman web www.hannover.de

Hanover (German: Hannover [haˈnoːfɐ]), terletak di atas sungai Leine, merupakan ibu negeri Lower Saxony (Niedersachsen), Jerman. Ia juga merupakan pusat kawasan pentadbiran kawasan Hanover sehinggalah kawasan-kawasan Lower Saxony telah dibatalkan pada permulaan 2005. Ia juga masih sebahagian daripada kawasan Hannover, yang mana majlis perbandaran telah ditubuhkan daripada bekas daerah dan bandaraya Hanover.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bandar ini telah ditubuhkan pada abad pertengahan di tebing sungai Leine (nama asal Honovere boleh diterjemahkan sebagai "timbunan tinggi", walaupun ia dipertikaikan). ia adalah sebuah kampung kecil bagi pemandu feri dan para nelayan, yang berubah menjadi sebuah bandar yang besar secara perbandingan pada abad Ke-13. Dalam abad Ke-14 gereja utama Hanover telah dibina, serta tembok bandar dengan tiga pintu pagar bagi melindungi bandar ini.

Pada tahun 1636 Duke Calenberg memutuskan untuk memindahkan kediamannya ke Hanover. Wilayah dukenya selepas itu dikenali sebagai Wilayah Duke Hanover (Lihat : Rumah Hanover). Cucu cicitnya kemudian menjadi raja-raja Great Britain (selepas 1800, raja-raja United Kingdom); Yang pertama dari mereka adalah George I, yang menaiki takhta Inggeris dalam 1714. Tiga orang raja Great Britain atau United Kingdom pada masa yang sama Putera Dilantik Hanover.

Semasa Perang Tujuh Tahun pada 26 Julai 1757 Pertempuran Hastenbeck berlangsung. Tentera Perancis tentera mengalahkan angkatan Tentera Hanoverian Pemerhati, mendorong kepada penjajahan Hanover.

Dewan Bandaraya baru di Hanover

Selepas Napoleon mengenakan Konvensyen Artlenburg (Konvensyen Elbe) pada 5 Julai 1803 sekitar 30,000 tentera Perancis menduduki Hanover. Konvensyen ini turut bererti pembubaran angkatan tentera Hanover. George III tidak mengiktiraf Konvensyen Elbe dan cuba merekrut askar-askar asing. Akibatnya sejumlah besar tentera Hanover akhirnya berhijrah ke England membawa kepada Legion Jerman Raja yang kemudiannya memainkan peranan penting dalam Pertempuran Waterloo. Dalam Kongres Vienna dalam 1814 George III menaikkan jajahan (electorate) kepada Kingdom of Hanover. Ibu kota Hanover berkembang sehingga tebing barat Leine dan berkembang lebih pesat semenjak itu.

Pada tahun 1837 gabungan peribadi United Kingdom dan Hanover berakhir kerana waris William IV, Victoria adalah wanita, dan Hanover hanya diwarisi oleh lelaki. Hanover terus sebagai satu kerajaan sehingga 1866, apabila ia dirampas oleh Prussia. Selepas perampasan, orang awam Hanover menentang rejim Prussia. Bagaimanapun, pertumbuhan Hanover berterusan sehingga Perang Dunia II, apabila dua pertiga daripada bandar telah dibom sehingga musnah. Selepas perang, Hanover berada dalam zon pendudukan British di Negara Jerman, dan kemudian menjadi terkenal sebagai hos ekspo perdagangan seperti CeBIT dan Hanover Fair. Pada Tahun 2000, Hanover menghoskan Expo 2000. tapak pesta Hanover, disebabkan oleh banyak sambungan terutamanya bagi Expo 2000, merupakan adalah yang terbesar di dunia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Hanover Nightlife