Hanshin Tigers

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hanshin Tigers
阪神タイガース
Fail:Hanshintigerslogo.png
Logo pasukan Lencana topi
Maklumat
LigaNippon Professional Baseball
Liga Pusat (1950–kini)
Japanese Baseball League (1936–1949)
LokasiHQ di Nishinomiya, Hyōgo, Jepun
StadiumStadium Koshien Hanshin (1936–kini)
Kyocera Dome Osaka (sementara)
Tahun penubuhan10 Disember 1935; 88 tahun yang lalu (1935-12-10)
Nama gelaran
  • Tora (トラ, harimau)
  • Mōko (猛虎, harimau garang)
Pennant CL6 (1962, 1964, 1985, 2003, 2005, 2023)
Kejuaraan Japan Series1 (1985)
Kejuaraan JBL4 (1937 Fall, 1938 Spring, 1944, 1947)
Nama lama
  • Osaka Tigers (1946–1960)
  • Hanshin Club (1940–1944)
  • Osaka Tigers (1935–1940)
WarnaKuning, hitam, putih
              
MaskotTo-Lucky, Lucky dan Kita
Kemunculan playoff10 (2007, 2008, 2010, 2013, 2014, 2015, 2017, 2019, 2021, 2022)
Nombor tidak digunakan
PemilikanTakaoki Fujiwara
PengurusanHanshin Electric Railway Co., Ltd.
PengurusAkinobu Okada
Seragam
Fail:Hanshin Tigers uniforms.png

Hanshin Tigers (Japanese: 阪神タイガース Hanshin Taigāsu) merupakan pasukan besbol profesional Jepun yang beraksi di Liga Pusat dalam saingan Nippon Professional Baseball. Pasukan ini berpusat di Nishinomiya, Wilayah Hyōgo, Jepun dan beraksi di stadium utama mereka, Stadium Koshien Hanshin.

Pasukan Tigers dimiliki oleh Hanshin Electric Railway Co., Ltd., yang merupakan cabang daripada Hankyu Hanshin Holdings Inc.

Pasukan Hanshin Tigers merupakan salah satu pasukan tertua di Jepun. Mereka mula beraksi pada tahun 1936 sebagai Osaka Tigers dan mengguna nama mereka sehingga kini pada 1961.

== ==Sejarah Pasukan Hanshin Tigers merupakan pasukan kedua tertua di Jepun yang diasaskan pada 10 Disember 1935 manakala pembentukan pasukan pula pada tahun 1936.[1] Pasukan ini mula mengguna pakai nama "Ōsaka Tigers". Pada 1940, di kala sentimen antiorang asing dan pelarangan nama Inggeris oleh kerajaan Tojo, Tigers telah menukarkan nama pasukan kepada "Hanshin". Pada 1947, pasukan ini mengguna kembali nama "Ōsaka Tigers" selepas JPBL memandatkan nama Inggeris. Pasukan ini menggunakan nama sekarang mulai tahun 1961 selepas pasukan ini bermain di Nishinomiya dan bukannya di Wilayah Osaka.

Pasukan Tigers telah merangkul empat kejuaraan sebelum penubuhan sistem liga pada 1950. Sejak liga terbahagi kepada Liga Pusat dan Liga Pasifik, Tigers telah menjuarai lima pennant Liga Pusat (1962, 1964, 1985, 2003, 2005) dan satu kejuaraan Japan Series (1985).

Semasa Major League Baseball 2004 dirasmikan di Jepun, Tigers telah beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang New York Yankees di Tokyo Dome pada 29 Mac yang berakhir dengan kemenangan Tigers 11–7.

Pada tahun 2005, 2006, 2007 dan 2009, terdapat lebih daripada tiga juta orang menghadiri perlawanan Tigers sebagai tuan rumah. Tigers merupakan satu-satunya pasukan daripada 12 pasukan NPB yang mencapai rekod ini.

Gelanggang pasukan, Stadium Koshien telah digunakan oleh pasukan besbol sekolah tinggi di seluruh Jepun untuk beraksi di kejohanan peringkat kebangsaan pada musim bunga dan musim panas. Kejohanan musim panas berlangsung pada pertengahan musim Tigers, sekali gus memaksa Tigers untuk beraksi sementara di Kyocera Dome Osaka. Para peminat menyebutnya sebagai "Jalan Kematian".

Pemain-pemain terkenal dalam sejarah Hanshin Tigers termasuklah Fumio Fujimura, Masaru Kageura, Minoru Murayama, Yutaka Enatsu, Masayuki Kakefu, Randy Bass, Taira Fujita dan ramai lagi.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tigers History". Hanshin Tigers. Dicapai pada December 5, 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]