Yomiuri Giants

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yomiuri Giants
Logo pasukan Lencana topi
Maklumat
LigaNippon Professional Baseball
Liga Pusat (1950–kini)

Japanese Baseball League (1936–1949)

Independent (1934–1935)
LokasiBunkyō, Tokyo, Japan
StadiumTokyo Dome
Tahun penubuhan26 Disember 1934; 89 tahun yang lalu (1934-12-26)
Nama gelaranKyojin (巨人, giant)
Pennant CL38 (1951, 1952, 1953, 1955, 1956, 1957, 1958, 1959, 1961, 1963, 1965, 1966, 1967, 1968, 1969, 1970, 1971, 1972, 1973, 1976, 1977, 1981, 1983, 1987, 1989, 1990, 1994, 1996, 2000, 2002, 2007, 2008, 2009, 2012, 2013, 2014, 2019, 2020)
Kejuaraan Japan Series22 (1951, 1952, 1953, 1955, 1961, 1963, 1965, 1966, 1967, 1968, 1969, 1970, 1971, 1972, 1973, 1981, 1989, 1994, 2000, 2002, 2009, 2012)
Kejuaraan JBL9 (Musim luruh 1936, Musim bunga 1937, Musim luruh 1938, 1939, 1940, 1941, 1942, 1943, 1949)
Nama lama
  • Tokyo Giants (1935–1946)
  • Kelab Besbol Tokyo Jepun Raya (1934)
Stadium lama
WarnaJingga, hitam, putih
              
MaskotGiabbit
Kemunculan playoff13 (2007, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014, 2015, 2016, 2018, 2019, 2021)
Nombor tidak digunakan
PemilikanSecara sah sebagai KK Yomiuri Kyojingun (Jepun: 株式会社読売巨人軍) 100% dimiliki oleh The Yomiuri Shimbun Holdings
PengurusanToshikazu Yamaguchi
PengurusTatsunori Hara
Seragam
Fail:YomGiants Uniforms.PNG

Yomiuri Giants (Jepun: 読売ジャイアンツ, Hepburn: Yomiuri Jaiantsu, secara formalnya Yomiuri Kyojingun (Jepun: 読売巨人軍)) merupakan pasukan besbol profesional Jepun yang beraksi di Liga Pusat dalam saingan Nippon Professional Baseball. Pasukan yang berpusat di Bunkyo, Tokyo ini merupakan salah satu daripada dua buah pasukan besbol profesional yang berpusat di Tokyo selain Tokyo Yakult Swallows. Pasukan ini beraksi di gelanggang mereka di Tokyo Dome sejak pembukaannya pada 1988. Pemilik pasukan ialah Yomiuri Shimbun Holdings yang merupakan konglomerat media terbesar Jepun dan ia juga memiliki dua akhbar (termasuk eponim Yomiuri Shimbun) dan Nippon Television Network (termasuk Nippon TV).

Giants merupakan pasukan sukan profesional tertua di Jepun. Pasukan ini juga merupakan pasukan paling cemerlang setakat ini dengan memenangi 22 kejuaraan Japan Series dan tambahan sembilan kejuaraan Japanese Baseball League. Musuh tradisi pasukan Yomiuri ialah Hanshin Tigers yang begitu mahsyur di daerah Kansai. Yomiuri Giants sering dianggap sebagai "New York Yankees Jepun" kerana bilangan popularitinya yang meluas, pernah mendominasi liga pada masa lalu dan kesan polarisasinya kepada peminat. (Peminat besbol tidak ambil peduli tentang pasukan lain selain pasukan setempat mereka akan mempunyai kebencian kepada pasukan Giants. Sebaliknya, Giants memiliki kumpulan peminat yang besar di bandar lain yang mempunyai pasukan besbol setempat mereka.)

Sidang-sidang Inggeris sering menyebut pasukan ini dengan nama "Tokyo Giants", tetapi ia telah tidak digunakan di Jepun buat selama beberapa dekad. (Lefty O'Doul, bekas pemain Major League Baseball telah menamakan pasukan ini "Tokyo Giants" pada pertengahan 1930-an.) Sebaliknya, pasukan ini secara rasminyaa dikenali dengan nama pemilik korporatnya sekali, sama seperti Hanshin Tigers dan Orix Buffaloes. Pasukan ini sering disebut oleh peminat dan paparan akhbar dengan nama ringkas Kyojin (巨人, perkataan Jepun yang bermaksud "giant atau raksasa"), daripada menggunakan nama pemilik korporat mereka atau nama samaran dalam bahasa Inggeris.

Nama dan seragam pasukan Yomiuri Giants sebenarnya bermodelkan pasukan New York (kini San Francisco) Giants. Warna pasukan (jingga dan hitam) merupakan warna sama yang dipakai oleh pasukan National League, Giants (New York dan San Francisco). Gaya mempamerkan huruf di jersi pasukan dan topi sama dengan pasukan Giant di New York pada 1930-an walaupun semasa 1970-an, Yomiuri Giants telah memperbaharui huruf mereka untuk mengikut gaya pemakaian oleh San Francisco Giants.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Pitcher ternama[sunting | sunting sumber]

Pemain Tahun Perlawanan Menang Kalah Save Inning Strikeout ERA
Takehiko Bessho 1949–1961 476 221 102 0 2925 2/3 1372 2.20
Teruzo Nakao 1939–1957 516 209 127 0 3057 1597 2.48
Tsuneo Horiuchi 1966–1983 560 203 139 6 3045 1865 3.27
Victor Starffin 1936–1944 311 199 61 0 2245 1225 1.37
Hideo Fujimoto 1942–1946 1948-1955 332 183 72 0 2353 2/3 1100 1.90
Masaki Saito 1983–2001 426 180 96 11 2375 2/3 1707 2.77
Masumi Kuwata 1986–2006 442 173 141 14 2761 2/3 1980 3.53
Hiromi Makihara 1982–2001 463 159 108 56 2485 2111 3.19
Kunio Jonouchi 1962–1971 354 141 88 0 1966 2/3 927 2.56
Suguru Egawa 1979–1987 266 135 72 3 1857 1/3 1366 3.02

Sumber: Nippon Professional Baseball League(NPB)[perlu rujukan]

Pemukul ternama[sunting | sunting sumber]

Pemain Tahun Perlawanan Nombor Pukulan Homerun RBI Stolen base Strike Purata pukulan
Sadaharu Oh 1959–1980 2831 9250 2786 868 2170 84 1319 .301
Shigeo Nagashima 1958–1974 2186 8094 2471 444 1522 190 729 .305
Tetsuharu Kawakami 1938–1955 1979 7500 2351 181 1319 220 422 .313
Hayato Sakamoto 2008–kini 1985 7580 2205 266 944 160 1315 .291
Shinnosuke Abe 2001-2019 2282 7514 2132 406 1285 13 1306 .284
Isao Shibata 1962-1981 2208 7570 2018 194 708 579 1087 .267
Yoshinobu Takahashi 1998–2015 1819 6028 1753 321 986 29 1173 .291
Kazunori Shinozuka 1976–1994 1651 5372 1696 92 628 55 580 .309
Tatsunori Hara 1981–1995 1697 6012 1675 382 1093 82 899 .279
Shigeru Chiba (baseball) 1938–1956 1512 5645 1605 96 691 155 575 .284

Sumber: Nippon Professional Baseball League(NPB)[perlu rujukan]

Pemain MLB[sunting | sunting sumber]

Hideki Matsui
Aktif
Bersara

Pautan luar[sunting | sunting sumber]