Hantu Dalam Botol Kicap
| Hantu Dalam Botol Kicap | |
|---|---|
![]() |
|
| Pengarah | Azhari Mohd Zain |
| Penerbit | David Teo |
| Lakonan | Angah Raja Lawak Mon Ryanti Zalif Sidek Mohd Mikail Andre b Nazrul Andre |
| Mula ditayang | 9 Februari 2012 |
| Tempoh ditayang | 78 minit |
| Negara | |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Perbelanjaan | RM 1.82 juta |
| Pulangan kasar | RM 1.86 juta[1] |
Hantu Dalam Botol Kicap merupakan sebuah filem genre komedi dan ngeri yang ditayangkan pada 9 Februari 2012 di Malaysia.
Isi kandungan |
Pengarah [sunting]
- Azhari Mohd Zain
Pelakon [sunting]
- Angah Raja Lawak, Mon Ryanti, Zalif Sidek, Mohd Mikail Andre b Nazrul Andre, Maimon Mutalib, Wawa Zainal, Ruzaidi Abdul Rahman, Zila Bakarin
Lihat juga [sunting]
Maklum Balas [sunting]
Ulasan [sunting]
Filem ini mendapat riaksi berbagai daripada pelbagai pihak.
Menurut Beautifulnara.com[2], filem ini dilihat berjaya dari segi elemen komedi. Lakonan pelakon-pelakon baru dilihat berjaya menyuntik elemen komedi bagi menghidupkan jalan cerita yang tidak memeningkan penonton. Ternyata, Hantu kopek, lakonan Angah Raja Lawak berjaya menggerakkan penceritaan filem ini. Begitu juga dengan Penmerah.com[3], mereka turt bersetuju dengan menyatakan filem ini dibuat semata untuk penonton bersantai sambil ketawa. Filem ini tidak merumitkan minda penonton yang menonton filem ini. Lakonan Angah Raja Lawak diberikan pujian kerana mnyuntik elemen komedi filem ini.
Pandangan berbeza diberikan oleh pihak Utusan Malaysia. Menerusi ruangan hiburan mereka[4], filem ini mempersoalkan elemen seram yang cuba ditonjolkan. Ada beberapa adegan dalam filem ini dilihat tidak bersesuaian dengan norma adat Melayu, seperti mengacukan senapang ke kepala cucu sendiri. Rasional bomoh atau dukun menyimpan botol berisi hantu turut dipersoalkan. Prop yang dipersembahkan turut disentuh, apabila ianya tidak sepeti yang diharapkan dalam sesetiap filem komedi seram.
Rujukan [sunting]
- ↑ Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2012 - ↑ http://beautifulnara.com/review-filem-hantu-dalam-botol-kicap/
- ↑ http://penmerah.com/review-filem-hantu-dalam-botol-kicap/
- ↑ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_13.htm
Pautan luar [sunting]
- Hantu Dalam Botol Kicap di Sinema Malaysia
- Filem 2012 di FINAS
