Zalif Sidek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zalif Sidek
زاليف سيدق
Kelahiran
Md Zalif Naquiyudin bin Wan Abu Bakar Sidek

(1985-08-01) 1 Ogos 1985 (umur 38)
PekerjaanPelakon, pelawak
Tahun aktif2007–kini
Ketinggian1.61 m (5 ka 3 in)
PasanganAnis Nurnajwa Ahmad Marzuki (k. 2022)
Ibu bapaWan Abu Bakar Sidek bin Wan Abdullah (bapa)

Md Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek (lahir 1 Ogos 1985) merupakan seorang pelakon dan pelawak Malaysia, terkenal menerusi peranan lakonan di televisyen, filem dan iklan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Zalif terlebih dahulu menceburi lakonan iklan komersial sekitar 2007.[1] Pada tahun 2008, beliau menyertai KRU Studios sebagai Eksekutif Promosi. Sekalipun sudah berkerja di KRU Studios, Zalif masih mencuri masa dan ruang berlakon iklan. Antara iklan pernah dijayakannya seperti Panadol Soluble Actifast dan maskot DiGi dengan kostum kuning serta 'duta' Astro First.[2][3]

Zalif membuat penampilan filem pertama menerusi watak sampingan dalam filem aksi komedi Bini-Biniku Gangster arahan Ismail Bob Hasim. Beliau diberi kepercayaan oleh pengarah Hashim Rejab untuk menjayakan peranan utama bersama Lisa Surihani dan Mia Sara Nasuha dalam filem Papa I Love You yang ditayangkan pada 29 Disember 2011, berkisarkan tentang kasih sayang dan dilema yang dihadapi bapa tunggal terhadap anaknya selepas kematian isterinya.[4] Pada tahun berikutnya, Zalif digandingan bersama Zahiril Adzim dalam siri komedi Paan dan Paiz arahan Shahrulezad Mohameddin dengan skrip oleh Shamsull Hashim, mengisahkan tentang dua sahabat karib, Paan dan Paiz yang berkawan rapat sejak zaman kanak-kanak.[5][6] Zalif kemudian berlakon dalam filem komedi Islamik arahan Razif Rashid, Aji Noh Motor, yang dityangkan pada 20 September 2012.[7]

Beliau membuat penampilan khas sebagai Gangster Poyo dalam filem Langgar arahan sulung Sein Ruffedge lakonan Ady Putra, Namron, Hans Isaac dan Zul Huzaimy.[8] Zalif meninggalkan Metrowealth Pictures selepas kontraknya tamat dan memutuskan untuk menguruskan sendiri kerjayanya kerana yakin pengalaman akan membantunya berdiri lebih kukuh.[9]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Zalif lahir dan membesar di Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon dan penyanyi, Rafidah Ibrahim yang juga sepupu kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza sekitar 2012, namun hubungan mereka berakhir akibat perbezaan kreatif.[10]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2011 Bini-Biniku Gangster Mat Saja Filem pertama
Papa I Love You Bahar
2012 Hantu Dalam Botol Kicap Epul
3 Temujanji Pereka Fesyen
Aji Noh Motor Noh
Aku Terima Nikahnya Suami
Budak Pailang Awang
Ajiboy Mat Saja
2013 Pada Suatu Cinta Dahulu Rudy
Langgar Gangster Poyo Penampilan khas
Kara King Ais
Bencinta Amin Blur
Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang Bagok
2014 Jangan Pandang Belakang Boleh Dharma
Lu, Gua, Bro! Yu
2015 Keranda Tok Wan Terbang Tok Wan muda
2020 Miimaland Eric
2021 Selamat Hari X Jadi Boboi
Marabahaya Underground Bang Jago Penampilan khas
2022 Hantu Kuat Ketawa Ahli Geng Man
Bunga dan Kaya Farhan
Mistik 3 Logi Puaka
Daddyku Gangster Bob
2023 Amin
2024 Tan-Ti-Ana Roy

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Paan dan Paiz Paan TV3
2013 Tanah Kubur (Musim 9) Ali Astro Oasis Episod: "Aniaya Yatim"
2015 Ema Emyliana (Musim 3) Zizi TV3
2016 Love You, Mr. Arang Fairus
2018 Sejuta Rasa Buat Adelia Zubir Astro Ria
Budak Usin Hud TV3
Destinasi Ukhuwah Erwan TV1
2019 Wizards of Warna Walk Pocong Disney Channel Asia Pelakon undangan
2020 Degup Cinta Amran Astro Ria
2021 Malaysian Ghost Stories Coach Episod: "Ulek Mayang"
Oh My Hantaran Lawyer buruk TV9 Pelakon undangan
2022 Beriani Gam Kak Asparela Abe Latif Astro Ria
Sembang Jarak Jauh Adi TV1
Sudin Dah Kaya Shuib Awesome TV
2023 Misteri Flat Kirana Pocong TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2014 Kem Cuci Tangan (Kecut) Ah Boon HyppTV
2015 Jodoh Memang Tak Pergi Kemana Faiz Aka Pait
2021 Cinta Round 1 Astro Citra
2022 Mempelai Panda Borhan Awesome TV

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2022 Rumah Insaf Awesome TV
Roller Kata (Musim 2) Pengacara

Iklan[sunting | sunting sumber]

Tahun Iklan
2007 Digi
Buli
2011 Astro First
2015 Maxis Communications Berhad
2017 Expedia
2020 Vivo
KFC
Wonda Coffee
Panadol Soluble Actifast
2021 Extra Joss

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2011 Festival Filem Malaysia ke-24 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Tercalon
Pelakon Harapan Lelaki Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zaidi Muhammad (14 Ogos 2017). "Saya bukan kacak, sado". Berita Harian. Saya mula berlakon iklan sejak 2007 dan pernah dikenali sebagai 'Yellow Man' apabila tampil dalam iklan sebuah syarikat telekomunikasi
  2. ^ Rudy Imran Shamsudin (6 Ogos 2017). "Aktif belakang tabir". Harian Metro. Dicapai pada 18 April 2018.
  3. ^ Norhayati Nordin (18 Disember 2014). "Zalif urus sendiri". Harian Metro. Dicapai pada 18 April 2018.
  4. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (31 Disember 2011). "Papa I Love You Satukan Zalif, Mia dan Lisa". Sinar Harian. Dicapai pada 2 April 2014.
  5. ^ "Bila dua sahabat asyik berkepit". Sinar Harian. 19 April 2012. Dicapai pada 20 April 2018.
  6. ^ Budiey (25 April 2012). "Paan Paiz Lakonan Zahiril Adzim & Zalif Sidek". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 20 April 2018.
  7. ^ Nurrezatul Aqmar Mustaza (21 September 2012). "Aji Noh Motor, bukan sekadar komedi". Sinar Harian. Dicapai pada 20 April 2018.
  8. ^ Raziatul Hanum A. Rajak (4 April 2013). Langgar bukan filem aksi kosong Sinar Harian. Diperoleh pada 20 April 2018.
  9. ^ Zaidi Mohamad (5 Ogos 2017). "Zalif nekad urus sendiri kerjaya". Berita Harian. Dicapai pada 20 April 2018.
  10. ^ Wahiduzzaman (11 Disember 2012). "Zalif Sidek pentingkan kerjaya berbanding Fida". mStar Online. Dicapai pada 19 April 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]