Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2010 dilancarkan pada hari Jumaat, 23 April 2010 di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Kuala Lumpur,Malaysia.

Tujuannya bagi memartabatkan kedudukan buku sebagai sumber pengetahuan utama. Walaupun teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berkembang pesat tetapi buku sebagai wadah untuk mmebina peradaban dunia tetap kekal dan tidak berubah.

Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia adalah resolusi daripada persidangan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 15 Nov 1995 yang mengisytiharkan 23 April sebagai Hari Buku. Ketua Pengarah PNM Raslin Abu Bakar menyatakan pelbagai aktiviti diatur untuk memupuk tabiat membaca secara berterusan di kalangan masayarakat terutama generasi muda.

Majlis pelancaran dilakukan oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Heng Seai Kei.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]