Hari Kanak-kanak (Jepun)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hari Kanak-Kanak
Dalam perayaan tersebut, keluarga-keluarga akan memasang layar-layar angin berbentuk ikan kap yang bernama koinobori (鯉のぼり) yang mempunyai tiga jenis, yaitu magoi (真鯉, ikan kap hitam) untuk ayah, higoi (緋鯉, ikan kap merah) untuk ibu dan untuk setiap anak.
Nama rasmiKodomo no Hi (こどもの日)
Diraikan oleh/di
Orang Jepun
JenisKebangsaan
Tarikh5 Mei
Berkaitan dengan
Minggu Emas

Hari Kanak-Kanak (こどもの日, Kodomo no Hi) merupakan perayaan di Jepun yang berlaku pada 5 Mei setiap tahun dan merupakan perayaan terakhir dalam perayaan-perayaan pada Minggu Emas.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Perayaan ini pada mulanya digelar Tango no sekku (Jepun: 端午の節句) (salah satu dari lima upacara tahunan yang diadakan di istana kerajaan) dan dirayakan pada hari kelima bulan kelima dalam kalendar Cina. Selepas Jepun bertukar ke kalendar Gregorian, tarikh itu dipindahkan pada 5 Mei.[1] Ia pada asalnya secara eksklusif meraikan anak lelaki dan mengiktiraf bapa, tetapi sejak itu telah berubah untuk merangkumi kedua-dua anak lelaki dan perempuan, serta mengakui ibu bersama bapa dan kualiti perpaduan keluarga.

Sehingga tahun 1948, Hari Kanak-kanak dikenali sebagai Hari Kanak-kanak Lelaki (juga dikenali sebagai Perayaan Bendera) manakala Hari Gadis (Hinamatsuri) disambut pada 3 Mac. Pada masa itu, kerajaan menetapkan hari ini sebagai menjadi cuti kebangsaan untuk meraikan kebahagiaan semua kanak-kanak dan mengucapkan terima kasih kepada ibu. Ia dinamakan semula sebagai Kodomo no Hi.[2]


Sambutan[sunting | sunting sumber]

Pada hari itu, para keluarga menaikkan bendera koinobori berbentuk karp (ikan karp kerana legenda Cina mengenai ikan karp yang berenang ke hulu menjadi naga dan terbang ke Syurga,,[3] dan rupa bendera ditiup angin kelihatan seperti ia berenang), dengan seekor karp untuk bapa, satu untuk ibu, dan satu karp bagi setiap anak (secara tradisinya setiap anak lelaki). Keluarga juga boleh memaparkan boneka samurai yang biasanya menunggang kuda besar (sering mewakili wira rakyat Jepun Kintarō atau Momotaro), dan / atau topi tradisional tentera Jepun, kabuto, kerana tradisi mereka sebagai simbol kekuatan dan daya hidup.[2]

Kuih nasi Mochi dibungkus dalam daun kashiwa (oak) - kashiwa-mochi (mochi yang dipenuhi dengan jem merah) dan chimaki (sejenis "pes nasi manis", dibalut dengan iris atau daun buluh) - secara tradisinya dihidangkan pada hari ini.[2][4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nussbaum, Louis Frédéric and Käthe Roth. (2005). Japan Encyclopedia. Cambridge: Harvard University Press. ISBN 978-0-674-01753-5; OCLC 48943301, p. 948
  2. ^ a b c Kigawa, Michiyo. "Kodomo no hi: Children's Day Celebration". About Japan: A Teacher's Resource (dalam bahasa Inggeris). Japan Society. Dicapai pada May 3, 2018.
  3. ^ "端午の節句と5月人形" [Tango no sekku and May dolls] (dalam bahasa Jepun). Japanese Doll Association. Dicapai pada May 7, 2014.
  4. ^ Louie, Elaine (May 1, 1991). "For Children's Day, Sweets, Of Course". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada May 3, 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]