Hari Kedewasaan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Kandungan rencana ini tidak memetik sumber rujukan dan memerlukan pengesahan. Pembaca dinasihatkan membuat pertimbangan sendiri. Bantulah Wikipedia memperbaiki rencana ini dengan menambahkan sumber rujukan. Fakta yang tidak disahkan boleh dipertikai dan dipadam. |
|
هاري كديواساءن |
|
|---|---|
| Nama rasmi | 成人の日 Seijin no hi |
| Nama lain | Hari Kedewasaan |
| Diraikan oleh | Orang Jepun |
| Jenis | Kebangsaan |
| Kepentingan | Meraikan penduduk Jepun yang telah mencapai umur 20 tahun. |
| Tarikh | Isnin minggu kedua dalam bulan Januari |
Hari Kedewasaan (成人の日 Seijin no hi?, هاري كديواساءن) adalah satu hari perayaan yang disambut di Jepun bagi menyambut penduduknya yang telah mencapai usia 20 tahun menurut undang-undang perayaan Jepun (Shukujitsu-hō). Hari tersebut jatuh pada hari Isnin minggu kedua dalam bulan Januari.
Upacara Seijin shiki turut diadakan pada hari tersebut oleh pemerintah tempatan di bandar-bandar dan kampung-kampung untuk meraikan penduduk yang telah berumur atau genap 20 tahun. Menurut hukum, warganya yang telah mencapai umur tersebut dibenarkan untuk merokok, mengambil minuman beralkohol dan mengundi untuk pilihan raya umum.
[sunting] Pautan luar
- (Inggeris) Things Japanese - "Seijin no hi"
|
|||||||||||||||