Hari Nakba
Hari Nakba (يوم النكبة, bermaksud "hari kecelakaan") merujuk kepada hari memperingati pencerobohan dan pemusnahan lebih 500 bandar dan kampung di Palestin oleh tentera Israel yang menyebabkan lebih 700,000 warga Palestin menjadi pelarian. Hari ini disambut pada 15 Mei setiap tahun, iaitu satu hari selepas perisytiharan penubuhan negara Israel dan hari berakhirnya mandat Britain di Palestin pada tahun 1948.[1][2] Hari ini pelarian Palestin atau keturunan mereka dianggarkan berjumlah lebih 4 juta orang.
Hari ini mula diraikan pada tahun 1998 oleh Yasser Arafat, [3] dengan kehadiran lebih satu juta orang dalam perarakan[4]. Hari ini dirai dengan ucapan dan perarakan di Tebing Barat, Gaza dan di negara-negara Arab.[5] Tunjuk perasaan juga pernah diadakan di London (2003)[6] dan bandar raya New York (2004).[7]
Galeri [sunting]
Nota kaki [sunting]
- ↑ Najib 'Afif Arip. "Kembalikan hak Palestin", Utusan Online, 15 Mei 2008. Dicapai pada 2 Jun 2008.
- ↑ Azril Mohd Amin (Mei 2008). "Media Statement On The 60th Anniversary Of The Nakba And The Palestinian Right Of Return" (dalam Bahasa B. Inggeris). ABIM. http://www.abim.org.my/component/content/article/1-siaran-media/220-media-statement-on-the-60th-anniversary-of-the-nakba-and-the-palestinian-right-of-return.html. Capaian 2 Jun 2008.
- ↑ Rubin, Barry and Rubin, Judith Colp (2003). Yasir Arafat: A Political Biography. New York: Oxford University Press. ISBN 0-19-516689-2, ms. 187.
- ↑ "Palestinians protest" (Real Media). National Public Radio. 14 Mei 1998. http://www.npr.org/templates/story/story.php?storyId=1035240. Capaian 15 Mei 2008.
- ↑ Bowker, Robert (2003). Palestinian Refugees: Mythology, Identity, and the Search for Peace. Lynne Rienner Publishers. ISBN 1-58826-202-2, ms. 96.
- ↑ "Pro-Palestine rally in London", BBC News Online, 17 Mei 2003. Dicapai pada 2 Jun 2008. (B. Inggeris)
- ↑ "Al-Nakba Day Rally in Times Square, NYC" (dalam Bahasa B. Inggeris). Neturei Karta International. 2004. http://www.nkusa.org/activities/demonstrations/Al-Nakba04.cfm. Capaian 2 Jun 2008..