Harimau Cina Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Harimau Cina Selatan
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Carnivora
Famili: Felidae
Genus: Panthera
Spesies: P. tigris
Subspesies: P. t. amoyensis
Nama trinomial
Panthera tigris amoyensis
(Hilzheimer, 1905)
Taburan Harimau Cina Selatan

Harimau Cina Selatan atau Harimau China Selatan (Panthera tigris amoyensis), juga dikenali sebagai Harimau Cina, Harimau Amoy atau Harimau Xiamen, ialah satu subspesies harimau yang berasal dari hutan-hutan China Selatan. Harimau Cina Selatan adalah yang paling teruk terancam di kalangan subspesies harimau yang masih wujud. Para pakar menegaskan bahawa hanya ada kurang daripada 20 ekor harimau ini yang tinggal di dunia, lebih teruk lagi mungkin pupus pada 2010-an. Seekor anak harimau Cina Selatan berjaya dilahirkan di sebuah taman simpanan di Afrika Selatan pada November 2007, iaitu yang pertama dari subspesies ini yang lahir di luar negara China.[2] Pada Oktober 2007, jabatan perhutanan kaunti Zhenping, wilayah Shaanxi, menerbitkan gambar foto P. t. amoyensis dalam habitat semula jadinua, tetapi terbukti palsu setelah siasatan dijalankan.[3] Harimau Cina Selatan dianggap sebagai harimau “batang”, iaitu subspesies yang menjadi leluhur kepada semua harimau yang lain.[4] Harimau Cina Selatan baru-baru ini disenaraikan sebagai salah satu daripada sepuluh jenis haiwan paling terancam di dunia.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]