Harumanis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Harumanis atau arumanis ialah sejenis kultivar mempelam yang ditanam di Indonesia dan Malaysia. Di Malaysia, buah ini sinonim dengan negeri Perlis. Digelar harumanis kerana ia mengeluarkan aroma yang harum dan rasanya yang manis.[1] Isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak dimakan bersama pulut sebagai salah satu sajian tradisi di negeri Perlis. Ia juga enak dimakan begitu sahaja ataupun diproses dalam bentuk jus atau jem.

Kawasan penanaman[sunting | sunting sumber]

Kawasan pertanian di Bukit Bintang, Sungai Batu Pahat merupakan kawasan pengeluar utama mempelam jenis ini di Malaysia. Keluasan penanaman mempelam adalah 1,000 ekar dan hasil pengeluaran tahunan adalah antara 300 hingga 500 tan. Pusat ini juga merupakan pusat jualan mempelam harumanis.

Teknologi harumanis sepanjang tahun[sunting | sunting sumber]

Musim mempelam harumanis adalah pada bulan April dan Mei pada setiap tahun, selama hanya sebulan atau sebulan setengah.[1] Kini dengan teknologi yang telah dijalankan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), mempelam Harumanis mampu mengeluarkan buah sepanjang tahun dengan menggunakan kaedah penanaman di dalam rumah hijau.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "Tanaman harumanis diperhebat". Utusan Malaysia. Utusan Online. 18/07/2011. Diperoleh pada 30 November 2012. 
  2. "Teknologi Harumanis Sepanjang Tahun". UniMAP: BH. 12 September 2012. Diarkibkan daripada yang asal |archiveurl= requires |url= (bantuan) pada Oktober 2012. Diperoleh pada 30 November 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]