Kultivar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Osteospermum 'Pink Whirls'
Kultivar terpilih untuk bunganya yang menarik dan warna-warni

Kultivar ialah satu tumbuhan atau sekumpulan tumbuh-tumbuhan dipilih kerana ciri-ciri yang dikehendaki yang boleh dikekalkan ciri-ciri tersebut melalui pembiakan.[1] Secara mudahnya, ia ialah varieti tumbuhan yang terhasil dari penanaman dan pembiakan oleh manusia dan bukannya secara liar atau semula jadi. Kebanyakan kultivar telah muncul dalam pemupukan tetapi ada beberapa pemilihan istimewa dari liar. Pokok hiasan popular seperti ros, camelia, daffodils, rhododendron, dan azelea adalah kultivar terhasil dari pembiakbakaan terpilih untuk warna dan bentuk bunga.

Tanaman makanan pertanian dunia juga hampir semuanya ialah kultivar khusus yang telah dipilih berdasarkan ciri-ciri untuk peningkatan hasil, rasa, dan rintang penyakit. Hanya sedikit sahaja yang bukan kultivar ditanam sebagai sumber makanan.

Kultivar termasuklah kacukan (hibrid) yang diketahui terjadi secara semula jadi dalam kawasan penanaman, dan kacukan yang terhasil secara sengaja oleh campur tangan manusia.

Nama kultivar dipamerkan selepas nama saintifik, contohnya Mussaenda erthrophylla 'Dona Luz'. Penamaan nama kultivar hanyalah dengan tanda petikan tunggal ( ' ' ) dan tidak dicondongkan.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. (Inggeris) Cultivar defination. Royal Horticultural Society.
  2. (Inggeris) How names work. Royal Horticultural Society.