Hati Perempuan (novel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hati Perempuan
Umum
PengarangNur Ain Al-Abbas
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, konflik
Penerbitan
PenerbitPenulisan2u
Tarikh penerbitan
2013
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman711
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789670567198

Hati Perempuan ialah sebuah novel oleh penulis novel Malaysia, Nur Ain Al-Abbas. Novel ini diterbitkan pada tahun 2013 oleh Penulisan2u. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2015.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi.

Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam. Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran.

Kata orang cinta itu bukan sekadar ucapan, tetapi jika tidak diungkapkan, ia juga tidak akan lengkap dengan sendirinya. Jika cinta tidak diluahkan, ia tidak akan ke mana-mana. Jika cinta hanya sekadar luahan, ia menjadi kosong dan tidak bermakna. Lalu… Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya?

Keluaran dan legasi[sunting | sunting sumber]

Hati Perempuan dikeluarkan pada 2013 oleh Penulisan2u.[1] Pada tahun 2015, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Akasia dari 30 Mac hingga 14 Mei 2015, dibintangi oleh Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad terbitan Creative Skill Solutions.[1]

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Dalam ulasan retrospektif mengenai Hati Perempuan, Athira Hamri dari Petani Pintar berkata: "...gabungan jalan ceritanya yang memang menarik dengan olahan watak-watak utama dan sampingan yang sentiasa buat cerita ini hidup sangat."[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Syanty Octavia Amry (3 April 2015). Hati Perempuan sangat mencabar Diarkibkan 2018-06-21 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 19 April 2015.
  2. ^ Athira Hamri (2 Julai 2014) Review novel: Hati Perempuan Diarkibkan 2020-01-03 di Wayback Machine Petani Pintar. Dicapai pada 3 Januari 2015.