Hedley Byrne lwn Heller

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hedley Byrne lwn Heller (Hedley Byrne v. Heller [1963] 2 All E.R. 575) adalah kes Dewan Pertuanan yang mengiktiraf kewujudan liabiliti untuk kehilangan ekonomi tulen tanpa perhubungan kontrak yang wujud hasil daripada kecuaian dalam kenyataan. Mahkamah dalam kes ini berpaling daripada pemerhatian lamanya mengenai ketiadaan hak tuntutan dalam situasi ini dan mewujudkan satu ujian untuk menentukan kebolehjangkaan munasabah sebarang kecederaan.

Fakta[sunting | sunting sumber]

Pihak perbankan Hedley Byrne (suatu perkongsian pengiklanan) menalefon bank Heller & Partners Ltd. (syarikat berhad) dan membuat pertanyaan mengenai keadaan kewangan dan rekod kredit salah satu daripada syarikat pelanggan Heller, Easipower Ltd. Hedley Byrne bercadang hendak memasuki beberapa kontrak pengiklanan bersama mereka, dan mahu memastikan keselamatan kewangan mereka. Heller menyatakan bahawa mereka berada dalam keadaan kewangan yang stabil, akan tetapi telah mengenepikan kewajipan berjaganya dengan menyatakan bahawa maklumat berkenaan: "adalah untuk kegunaan peribadi anda tanpa sebarang kewajipan pada pihak bank dan pegawainya." Hedley Byrne telah menggunakan maklumat ini dan memasuki perhubungan kontrak dengan Easipower yang telah menjadi bankrup. tidak lama kemudiannya. Oleh sebab tidak dapat mengambil semula pelaburannya daripada kebangkrupan berkenaan, Hedley Bryne mendakwa Heller untuk kecuaian, dan mendakwa bahawa maklumat yang diberikan kepadanya cuai dan tidak benar.

Keputusan[sunting | sunting sumber]

Mahkamah mendapati bahawa perhubungan antara mereka "cukup dekat" untuk mendirikan kewajipan berjaga. Ia munasabah untuk diketahui oleh mereka bahawa maklumat yang diberikan akan digunakan untuk memasuki sejenis kontrak. Ini akan menghasilkan suatu "perhubungan istimewa", di mana defenden mesti mengambil kewajiban berjaga dalam pemberian nasihat untuk mengelakkan liabiliti kecuaian. Akan tetapi, pada faktanya, pengecualian telah didapati cukup untuk melepaskan Heller daripada kewajiban berjaga yang muncul hasil tindak tandukannya.

Perkembangan berikutnya[sunting | sunting sumber]

Smith lwn Eric S. Bush[sunting | sunting sumber]

Defenden-defenden merupakan juruukur untuk pegadai janji. Mereka melakukan kaji selidik terhadap rumahnya, dan mengistiharkan ia sebagai sesuai untuk diduduki dan tidak perlu pembaikan yang signifikan. Dengan pergantungan pada kenyataan ini, rumah berkenaan telah dipindahkan kepada seorang pembeli. Susunan serombong dalam rumah berkenaan kemudiannya runtuh, dan pembelinya mengambil tuntutan kecuaian penyataan. Ia didapati bahawa defendan-defendan bertanggungjawab meskipun mereka punyai pengecualian liabiliti, kerana ia tidak dapat berdiri dengan syarat-syarat kemunasabahan yang ditentukan oleh Akta Terma Kontrak Tidak Adil 1977. Yang lebih penting, mahkamah mendapati bahawa ia munasabah untuk seorang pembeli suatu rumah yang kebiasaan untuk bergantung kepada kaji selidik yang dilakukan oleh juruukur, kerana ia adalah satu amalan biasa masyarakat. Dalam cara ini, mahkamah melanjutkan liabiliti Hedley Byrne kepada pihak ketiga yang dekat.

White lwn Jones[sunting | sunting sumber]

Dalam kes ini, yang diputuskan dengan undian hakim 3:2, satu peguam cara diberitahu untuk melakarkan satu wasiat baru yang membahagikan estet antara dua pendakwa, anak perumpuannya. Ia didapati bahawa peguam berkenaan telah punyai satu perhubungan istimewa terhadap mereka, dan mewujudkan kewajiban berjaga yang telah dilanggari, dan perlanggaran ini harus diganti rugi. Sekali lagi ini melanjutkan liabiliti Hedley Byrne kepada satu pihak ketiga terdekat.

Henderson lwn Meritt Syndicates Ltd [1994][sunting | sunting sumber]

Kes ini berkenaan kehampirrobohan Lloyd's of London apabila puting beluling di Amerika Syarikat menghancurkan pegangan hartanahnya. Ia memanggil "Nama-nama" (pemegang saham) untuk membayar ganti rugi. Nama-nama berkenaan mendakwa syarikat pemegang saham untuk kecuaian pengurusannya. Nama-nama ini merupakan pemegang saham utama dan, anehnya, mereka yang punyai saham melalui agen pihak ketiga. Ia diputuskan bahawa Meritt Syndicates bersalah terhadap kedua-dua jenis pemegang saham, kerana terdapatnya cukup kebolehramalan untuk melanjutkan liabiliti kehilangan ekonomi tulen kepada pihak ketiga "yang tidak dekat". Kesignifikanan di sini merupakan kebolehan untuk tindakan undang-undang dibuat dalam kontrak dan tort pada masa yang sama, dan sekaligus mengkaburkan garis pembahagi antara kedua-dua cabang undang-undang ini. Sebahagian daripada Nama-nama pihak pertama menuntut dalam tort untuk mengatasi pengehadan tiga tahun di mana satu tindakan harus diambil dalam kontrak. Dalam membenarkan tindakan ini, Dewan Pertuanan nyata telah menolak keputusan Lord Scarman dalam kes Tai Hing Cotton Mill Ltd lwn Liu Chung Hing Bank Ltd [1986], di mana ia diputuskan bahawa "tiada yang baik terhadap perkembangan undang-undang dalam pencarian liabiliti di bawah tort apabila pihak-pihak berada dalam perhubungan kontrak." Kebenaran tindakan dalam kedua-dua cabang undang-undang ini pada masa yang sama amat berkontroversi kerana ia bertentangan dengan kelaziman undang-undang.

Pengehadan berikutnya[sunting | sunting sumber]

Caparo Industries lwn Dickman[sunting | sunting sumber]

Dalam kes Caparo Industries Plc. lwn Dickman yang berkenaan juruaudit syarikat kewangan, ia diputuskan bahawa tidak boleh adanya suatu "perhubungan istimewa" apabila defenden hanya membuat apa yang diperuntukan statut, iaitu menyediakan untuk pemegang saham audit tahun lepas.