Helang merah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Helang merah
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Burung
Genus: Haliastur
Spesies: H indus
Binomial: Haliastur indus

Burung Helang Merah[1], [2] atau lang merah adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Haliastur indus.[3] Lang Merah bersaiz antara 43 hingga 51 cm. Ia memiliki kepala, leher dan dada putih dengan celoreng perang gelap. Sayap dikembangkan kehadapan ketika terbang.

Ia terdapat di benua India, selatan China, dan Asia Tenggara sehingga Malaysia khusunya di Pulau Langkawi,[4] Kepulauan Indonesia, Australia, dan Kepulauan Solomon.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Semasa penerbangan, ekor tumpul bulat dan pelepah bagi dewasa agak menonjol

Burung Lang Merah ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Lang Merah adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Lang Merah tidak bergigi.

Ia merupakan burung pemangsa yang mudah dilihat di Malaysia, dan mudah dikenal pasti melalui bulu putih pada kepala dan pada dadanya, burung muda bewarna lebih pucat yang mudah terkeliru dengan spesies yang hampir serupa dengannya. Burung lang merah sama saiz dengan burung Helang Kembara Hitam (Milvus migrans) dan memiliki jenis penerbangan lang yang biasa, dengan sayap bersudut, tetapi ekornya bulat tidak seperti spesies Milvus, Helang Kembara Merah dan Helang Kembara Hitam, yang memiliki ekor bercabang.[5] Kedua genera bagaimanapun agak dekat.[6]


Burung lang Merah banyak di dapati di kawasan persisiran pantai dan berpaya, biasanya dalam jumlah yang kecil, secara bersendirian atau berpasangan, meluncur tinggi di kawasan daratan, termasuk bandar dan pekan. Ketika mereka terbang tinggi, ia mungkin tidak disedari oleh pandangan mata manusia terutama apabila ketika waktu panas terik ketikamana mereka mampu menggunakan kelebihan termal udara panas untuk membantu mereka meluncur. Ia menghasilkan bunyi jeritan kweeaa atau kyeeer yang nyaring terutama ketika sedang meluncur.

Makanan[sunting | sunting sumber]

Burung Lang Merah merupakan pemangsa atau maging (karnivor).Makanan Utamanya haiwan mamalia seperti tikus,tupai dan ayam.sesetengah haiwan ini menangkap ikan di sungai,dan laut.

Burung Lang Merah biasanya terbang dalam kawanan kecil, terbang melayang di paya bakau di mana ia makan ikan buangan dari bot atau menangkap ikan. Terbang dengan kepakan sayap yang agak perlahan. Helang Merah juga sering bertenggek di tiang kelong di laut.

Ia biasa terdapat di pelabuhan, dan perkampungan nelayan. Juga di kawasan berpaya, semak di pantai, sawah padi, paya air tawar, dan takungan air di kawasan persisiran.


Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Paruh Haliastur menunjukkan ciri liang hidung yang bulat

Burung Lang Merah membiak dengan bertelur. Telur Burung Lang Merah bercangkerang keras. Burung Lang Merah bersarang di pokok yang tinggi.

Habitat[sunting | sunting sumber]

Burung Lang Merah boleh di dapati di kawasan persisiran, sungai dan tasik besar, kebanyakannya kawasan terpencil, jarang di bandar besar.

Di Malaysia, ia banyak terdapat di pantai barat khususnya di Pulau Langkawi.[7] Boleh di dapati di China Selatan dan sehingga utara Australia dan Solomon.

Perlindungan[sunting | sunting sumber]

Burung Helang Merah merupakan burung yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar Malaysia. [8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z