Hemisfera air

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hemisfera air

Hemisfera air (atau hemisfera laut) merupakan sebahagian sfera bumi berpusat pada 47°13′S, 178°28′E. Titik pusatnya terletak berhampiran dengan New Zealand [1]. Selebih bahagian sfera dari bumi ialah hemisfera darat.

Hemisfera air hanya mempunyai satu per lapan dari keluasan tanah di bumi, ini termasuk Australia, New Zealand, Antartika, sebahagian kecil Asia Tenggara dan bahagian selatan Amerika Selatan. Kebanyakkan kawasan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi adalah hemisfera air. Kawasan bahagian lautan adalah lebih luas dari bahagian daratan.


Hemisfera Dunia
Hemisfera UtaraHemisfera SelatanHemisfera BaratHemisfera TimurHemisfera daratHemisfera air