Hidung berdarah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hidung kita boleh berdarah dengan mudah apabila saluran darah kecil yang terdapat dalam hidung pecah. Ini kerana kedudukan saluran darah begitu hampir dengan permukaan.

Masalah ini biasanya berlaku sama ada sekali atau beberapa kali dalam sehari.

Punca[sunting | sunting sumber]

Selain itu, hidung berdarah juga terjadi apabila saluran darah mengalami jangkitan seperti:

  1. Selsema
  2. Suhu dalam badan terlalu tinggi
  3. Alahan
  4. Menghembus nafas terlalu kuat
  5. Kekeringan mambran mukus(selaput lendir) seperti merekah dan berkerak
  6. Berlakunya kecederaan seperti mengorek hidung jauh ke dalam atau patah hidung
  7. Tekanan darah tinggi atau sesuatu penyakit ketumbuhan

Jenis-jenis[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan masalah hidung berdarah boleh mengganggu kehidupan seharian kita. Lebih menakutkan, kadangkala masalah sebegini boleh mengancam nyawa apabila darah keluar dengan terlalu banyak dan tidak henti-henti. Terdapat dua jenis hidung berdarah:

  1. Hidung berdarah dari depan - Darah keluar dari bahagian depan hidung dan mengalir keluar ke salah satu lubang hidung atau kedua-duanya sekali jika pesakit bangun atau berdiri.
  2. Hidung berdarah dari belakang - Hidung berdarah berlaku jauh ke dalam hidung dan mengalir keluar melalui bahagian belakang mulut dan tekak. Tidak kiralah pesakit itu sedang berdiri ataupun bangun

Cara merawat[sunting | sunting sumber]

  1. Hentikan hidung berdarah dengan cara:
  • Picit secara lembut semua bahagian hidung dan bernafas melalui mulut. Lakukannya selama 10 minit tanpa berhenti.
  • Jangan baring. Bangun dan bongkokkan badan ke hadapan (jangan mendongak ke atas. Ini akan menyebabkan darah mengalir turun ke kerongkong).
  • Bersihkan darah dengan menggunakan tisu atau kain lembap.
  • Letakkan ais (hancurkan ais dalam kain yang bersih) ke dahi dan pipi.

2. Cegah hidung daripada berdarah semula:

  • Jangan menghembus hidung.
  • Jika hidung berasa kering dan berkerak, jangan korek. Nanti luka dan berdarah. Apa yang patut dilakukan ialah gunakan pelembap atau minyak bayi.

3. Berjumpa doktor:

  • Anda perlu memaklumkan kepada keluarga untuk berjumpa doktor sekiranya mengalami keadaan seperti:
    • Darah hidung mengalir laju atau kehilangan banyak darah.
    • Berasa hendak pitam atau pengsan.