Hun Sen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hun Sen
ហ៊ុន សែន
Hun Sen

Penjawat kini
Mula berkhidmat 
30 November 1998
Raja Norodom Sihanouk
Chea Sim (pemangku)
Norodom Sihamoni
Didahului oleh Ung Huot
Tempoh berjawat
1 Mei 1989 – 21 September 1993
Bersama Norodom Ranariddh:
2 Julai 1993 – 21 September 1993
Presiden Heng Samrin
Chea Sim
Norodom Sihanouk
Didahului oleh Jawatan diwujudkan
Digantikan oleh Norodom Ranariddh
Bersama Norodom Ranariddh:
24 September 1993 – 30 November 1998

Tempoh berjawat
14 Januari 1985 – 1 Mei 1989
Presiden Heng Samrin
Didahului oleh Chan Sy
Digantikan oleh Jawatan dimansuhkan

Tarikh lahir 5 Ogos 1952 (62 tahun)
Tempat lahir Peam Koh Sna, Indochina
(kini Kemboja)
Parti politik Parti Rakyat Kemboja
Pasangan Bun Rany

Hun Sen (lahir 4 April 1951; bahasa Cina: 雲升) adalah perdana menteri Kemboja serta pemimpin utama untuk Parti Rakyat Kemboja (CPP).

Parti Rakyat Kemboja telah memerintah Kemboja dalam kerajaan campuran bersama-sama dengan parti Funcinpec sejak pengembalian demokrasi parti berbilang pada tahun 1993. Kerajaan campuran tersebut hampir-hampir terjejas sewaktu tertimbulnya ketegangan antara pemimpin Funcinpec, Putera Norodom Ranariddh, dengan Hun Sen. Pada tahun 1997, Hun Sen melancarkan rampasan kuasa yang berdarah dan menyingkirkan Ranariddh. Beliau kemudian menjadi perdana menteri yang tunggal. Ramai penyokong setiaraja telah diseksa sehingga mati oleh ahli-ahli CPP tetapi Hun Sen menafikan segala penglibatan. [1] Beliau juga menafikan bahawa tindakannya adalah rampasan kuasa dan mengatakan bahawa Funcinpec telah bekerjasama dengan pemberontak Khmer Rouge. [2]

Pilihan raya pada Julai 2003 memberikan majoriti yang lebih besar kepada CPP dalam Dewan Undangan Negara, dengan Funcinpec menghilangkan kerusi kepada CPP dan Parti Sam Rainsy. Bagaimanapun, majoriti CPP adalah kurang daripada 2/3 yang diperlukan oleh perlembagaan untuk membentuk kerajaan. Kebuntuan itu diatasi melalui tafsiran perlembagaan yang kreatif dan sebuah kerajaan campuran CPP-FUNCINPEC yang baru dibentukkan pada pertengahan 2004.

Pada satu masa, Hun Sen merupakan seorang pegawai tahap rendah dalam Khmer Rouge. Selepas menyaksikan perbuatan Khmer Rouge yang keterlaluan pada tahun 1976, beliau berpaling tadah ke Vietnam pada tahun 1977 dan dengan pantasnya menjadi seorang pemimpin yang utama dalam tentangan kepada Khmer Rouge yang didukung oleh pihak Vietnam.

Apabila rejim Khmer Rouge jatuh, Hun Sen dilantik sebagai Menteri Luar Negeri untuk Republik Rakyat Kemboja yang dicipta oleh Vietnam dari 1979 sehingga 1990, dengan gangguan yang singkat dari 1986 sehingga 1987. Sebagai Menteri Luar Negeri, Hun Sen merupakan tokoh yang utama dalam Perundingan Perdamaian Paris yang bertujuan untuk mengendalikan kedamaian di Indochina.

Hun Sen menjadi Perdana Menteri pada tahun 1985, tidak lama selepas kematian Chan Sy. Dari 1993 sehingga 1998, beliau menjadi perdana menteri bersama dengan Putera Norodom Ranariddh. Hun Sen telah dikatakan mengguna taktik ugutan dalam politik untuk mengekalkan kuasanya. Terdapat beberapa pembangkang politik yang menuduh Hun Sen sebagai boneka Hanoi disebabkan kedudukannya dahulu sebagai tokoh utama dalam Parti Revolusi Rakyat Kemboja (PRK) (kini digelarkan Parti Rakyat Kemboja). PRK memerintah Kemboja sebagai negara satu parti dari 1979 sehingga pengembalian demokrasi pada 1993. Hun Sen menafikan tuduhan tersebut dan menuntut bahawa beliau cuma mewakili rakyat Kemboja.

Hun Sen dianugerahkan dengan gelaran "Sâmdech" oleh Raja Norodom Sihanouk pada tahun 1993. Gelaran ini cuma merupakan gelaran hormat dan tidak memberikan apa-apa kuasa.

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Elizabeth Becker. 1986, 1998. Sewaktu Perang tamat: Kemboja dan Khmer Rouge. New York: Public Affairs. ISBN 1891620002
  • Harish C. Mehta and Julie B. Mehta. 1999. Hun Sen: Orang kuat di Kemboja. Singapore: Graham Brash Pte Ltd. ISBN 9812180745