Norodom Sihanouk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Norodom Sihanouk
នរោត្តម សីហនុ
Raja Kemboja
Indochina Perancis
(Penggal pertama)
Tempoh pemerintahan 25 April 1941 – 2 Mac 1955
Kemahkotaan September 1941
Didahului oleh Sisowath Monivong
Diikuti oleh Norodom Suramarit
Raja Kemboja
(Penggal ke-2)
Tempoh pemerintahan 24 September 1993 – 7 Oktober 2004
Didahului oleh Chea Sim
Diikuti oleh Norodom Sihamoni
Pasangan Norodom Monineath


(sejak 12 April 1952) Templat:List collapsed

Putera-puteri
14 anak
Nama penuh
Preah Karuna Preah Bat Sâmdech Preah Norodom Sihanouk Preahmâhaviraksat
Keluarga diraja Kerabat Norodom
Ayahanda Norodom Suramarit
Bonda Sisowath Kossamak
Tandatangan
Agama Agama Buddha
Norodom Sihanouk

Tempoh berjawat
18 Mac 1945 – 13 Ogos 1945
Didahului oleh Jawatan diwujudkan
Digantikan oleh Son Ngoc Thanh

Tempoh berjawat
28 April 1950 – 30 Mei 1950
Didahului oleh Yem Sambaur
Digantikan oleh Samdech Krom Luong Sisowath Monipong

Tempoh berjawat
16 Jun 1952 – 24 Januari 1953
Didahului oleh Huy Kanthoul
Digantikan oleh Penn Nouth

Perdana Menteri Kemboja ke-20
Perdana Menteri Kerajaan Kemboja ke-3
Tempoh berjawat
7 April 1954 – 18 April 1954
Didahului oleh Chan Nak
Digantikan oleh Penn Nouth

Perdana Menteri Kemboja ke-23
Perdana Menteri Kerajaan Kemboja ke-6
Tempoh berjawat
3 Oktober 1955 – 5 Januari 1956
Didahului oleh Leng Ngeth
Digantikan oleh Oum Chheang Sun

Perdana Menteri Kemboja ke-25
Perdana Menteri Kerajaan Kemboja ke-8
Tempoh berjawat
1 Mac 1956 – 24 Mac 1956
Didahului oleh Oum Chheang Sun
Digantikan oleh Khim Tit

Perdana Menteri Kemboja ke-27
Perdana Menteri Kerajaan Kemboja ke-10
Tempoh berjawat
15 September 1956 – 15 Oktober 1956
Didahului oleh Khim Tit
Digantikan oleh San Yun

Perdana Menteri Kemboja ke-35
Perdana Menteri Kerajaan Kemboja ke-17
Tempoh berjawat
9 April 1957 – 7 Julai 1957
Didahului oleh Sam Yun
Digantikan oleh Sim Var

Tempoh berjawat
3 April 1960 – 19 April 1960
Didahului oleh Diri sendiri
(sebagai PM Kerajaan Kemboja Bebas
Digantikan oleh Pho Proeung

Parti politik Sangkum Reastr Niyum
Profesion Ahli politik

Preah Bat Samdech Preah Norodom Sihanouk Varman (Khmer: នរោត្តម សីហនុ; 31 Oktober 1922 – 15 Oktober 2012) merupakan bekas Raja Kemboja. Setelah turun takhta pada 7 Oktober 2004 baginda mengambil gelaran Putera. Beliau dilahirkan di Phnom Penh, anak lelaki kepada Raja Norodom Suramarit dan Ratu Sisowath Kossamak.

Sepanjang sejarah Kambodia yang berceramuk baginda memegang begitu banyak jawatan sehinggakan Guinness Book of World Records mengenal pasti baginda sebagai ahli politik yang menjawat jawatan politik paling pelbagai. Ini termasuk dua penggal sebagai raja, satu sebagai presiden, dua sebagai perdana menteri, dan satu sebagai ketua negara tanpa gelaran Kambodia, termasuk pelbagai jawatan sebagai ketua dalam pelbagai kerajaan dalam buangan.

Baginda mendapat pelajaran rendah di sekolah rendah Phnom Penh, Ecole Francois Baudoin. Baginda menyambung pelajaran menengah di Saigon (sekarang Bandar Ho Chi Minh), Vietnam dan semenjak itu menghadiri sekolah tentera di Saumur, Perancis. Apabila datuk sebelah ibunya, Raja Sisowath Monivong, meninggal pada 23 April 1941, Majlis Mahkota Crown Council melantik Putera Sihanouk sebagai Raja Kambodia, selepas mana baginda dimahkotakan pada bulan September tahun yang sama. Khabar angin bertiup pada masa itu bahawa perlantikan baginda disebabkan oleh pengaruh Perancis.

Selepas Perang Dunia II dan pada awal 1950-an, matlamat politik Raja Sihanouk cenderung kearah nationalis dan baginda mula menyuarakan tuntutan agar Perancis memberikan kemerdekaan dan keluar daripada Kambodia, mencerminkan semangat kebanyakan negara di kawasan tersebut, termasuk Vietnam, Thailand, dan Laos. Baginda membuang diri ke Thailand pada 1952 dan enggan kembali sehingga kemerdekaan diberikan. Baginda kembali apabila permintaan baginda berjaya dan negaranya diberikan kemerdekaan pada 9 November 1953. Pada 2 Mac 1955, baginda turun takhta bagi memberi laluan kepada ayahanda baginda, menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Kambodia beberapa bulan kemudian. Selepas kematian ayahanda baginda pada tahun 1960, baginda sekali lagi dilantik sebagai ketua negara, tetapi tidak dikurniakan gelaran 'Raja'.

Ketika Perang Vietnam berceramuk, Sihanouk cuba mengekalkan Kambodia sebagai negara berkecuali. Bergilir-gilir menyokong Republik Rakyat China dan Amerika Syarikat dan kemudiannya meyokong polisi Jalan Ketiga, baginda bagaimanapun gagal dalam usaha menghalang perperangan dari merebak sehingga ke dalam negara baginda. Pada Mac 1970, ketika baginda berada di luar negara, satu kudeta yang diatur oleh Lon Nol berlaku yang menyingkir beliau daripada kuasa. Selepas rampasan kuasa Putera Sihanouk melarikan diri ke Beijing dan menyusun pasukan untuk menentang kerajaan Lon Nol di Phnom Penh. Apabila Republik Khmer jatuh ke tangan Khmer Rouge pada April 1975, Putera Sihanouk menjadi simbol ketua negara sementara Pol Pot kekal menjadi kuasa di belakang takhta. Pada tahun berikutnya, pada 4 April, Sihanouk sekali lagi disingkir dari jawatannya dan bersara dari politik. Baginda sekali lagi mencari perlindungan di Republik Rakyat China dan Korea Utara.

Pencerobohan Vietnam ke atas Kambodia pada bulan Disember 1978 menyingkirkan Khmer Rouge. Walaupun berhati-hati dengan Khmer Rouge, Putera Sihanouk akhirnya bergabung tenaga dengan mereka agar dapat membentuk barisan bersatu menentang Vietnam. Pada 1982, baginda menjadi presiden Coalition Government of Democratic Kampuchea (CGDK), yang merangkumi parti FUNCINPEC-nya, KPNLF Son Sann dan Khmer Rouge. Vietnam berundur pada tahun 1989, meninggalkan kerajaan pro-Vietnam dibawah pemerintahan Perdana Menteri Hun Sen yang dikenali sebagai People's Republic of Kampuchea.

Perundingan damai antara CGDK dan PRK bermula tidak lama kemudian dan berlanjutan sehingga 1991 apabila semua pihak bersetuju untuk penyelesaian lengkap yang ditanda tangani di Paris. Putera Sihanouk kembali sekali lagi ke Kambodia pada 14 November 1991 selepas tiga belas tahun dalam buangan.

Pada tahun 1993, Yang Maha Mulia Norodom Sihanouk dilantik kembali sebagai Raja Kambodia dan anakandanya H.R.H. Norodom Ranariddh bermesyuarat dengan Madame Marie de Roland-Peel, General Secretary kepada British Committee for Free Vietnam, Laos, Cambodia & Burma dan mereka bersetuju untuk memasuki Southeast Asia Imperial & Royal League, diketuai oleh H.I.H. Putera Nguyen Phuc Buu Chanh dari Vietnam.

Semenjak kepulangannya kesihatannya terganggu dan banyak khabar angin menyatakan bahawa baginda akan menuruni takhta sekali lagi. Sepanjang awal 2004, baginda berulang beberapa kali ke Beijing, China, untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Minat masa lapang Sihanouk termasuk filem dan muzik. Baginda merupakan pembuat filem sepanjang tahun, mengarah banyak filem dan karangan muzik. Dia merupakan salah seorang ketua negara dalam kawasan ini yang mempunyai laman web tersendiri, yang mempunyai pengikut sendiri, menarik lebih seribu pelawat sehari, sejumlah besar dari pengguna Internet negaranya. Kenyataan Di Raja diletakkan di situ setiap hari untuk dibaca rakyatnya.

Raja Sihanouk masuk dalam buangan sendiri pada Januari 2004, menetap di Pyongyang, Korea Utara, dan Beijing, China. Baginda mengumumkan penurunan takhtanya pada 7 Oktober 2004. Seminggu selepas itu, pada 14 Oktober, salah seorang putera baginda, Norodom Sihamoni dilantik menggantikannya.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Oktober 2012, bekas raja Kemboja, Norodom Sihanouk meninggal dunia akibat serangan jantung di Beijing pada usia 89 tahun.Pembantu peribadinya Putera Sisowath Thomico memaklumkan bahawa bekas raja itu tinggal di Beijing sejak Januari 2012. Beliau sepatutnya berumur 90 tahun pada 31 Oktober 2012 . Mayat baginda dibawa dari China kembali ke Phnom Penh untuk upacara pengebumian di istana diraja menurut tradisi Kemboja. Pada Oktober 2004, Norodom turun takhta. [1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]