PlayStation: The Official Magazine

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo PlayStation: The Official Magazine
Isu pertama PTOM.
Ketua Editor Gary Steinman
Kategori Permainan video
Kekerapan 13 buah isu setahun
Penerbit Future US
Isu pertama Bagi PSM: September 1997
Negara Amerika Syarikat, Australia
Bahasa Bahasa Inggeris

PlayStation: The Official Magazine (PTOM) ialah sebuah majalah asalnya dikenali sebagai PlayStation Magazine (PSM). Setelah Official U.S. PlayStation Magazine dibatalkan terbitannya, Sony Computer Entertainment mengumumkan pada 1 Oktober, 2007, bahawa PSM akan menjadi "PlayStation: The Official Magazine". Majalah ini diterbitkan 13 kali setahun oleh Future Publishing.

Setakat isu keluaran musim Holiday 2007, majalah ini secara rasminya dikenali sebagai PlayStation: The Official Magazine. Isu terakhir yang dikeluarkan untuk PSM adalah pada bulan Disember 2007. Meskipun majalahnya memiliki kakitangan yang sama daripada jangka masa bulan Disember 2007 hingga Januari 2008, editorialnya kini telah kehilangan editor-editor utama, menjadikan PTOM sebuah majalah berbeza daripada majalah PSM.

Daripada isu Julai 2008 hinggalah ke isu Jun 2009, PTOM mempunyai kod-kod promosi untuk memuat turun Qore secara percuma, iaitu sebuah majalah online interaktif berbayar. Edisi percuma Qore tidak memiliki sesetengah daripada ciri-ciri yang terdapat pada edisi berbayar, misalnya seperti demo.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.