Ibnu Sa'ad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cendekiawan Islam
Zaman Kegemilangan Islam
Nama: Muhammad bin Sa'ad bin Mani al-Baghdadi
Gelaran: Katib ul-Waqidi
Lahir: ca. 168 H/784 M di Basrah
Wafat: 230 H/845 M di Baghdad
Bidang: Sejarah Islam, Biografi
Karya: Tabaqat al-Kubra ("Kelas-kelas Utama")
Diilhami: Al-Waqidi


Abu Abdullah Muhammad bin Sa'ad bin Mani al-Baghdadi[1],
Bahasa Arab: أبو عبد الله محمد بن سعد بن منيع البغدادى ‎ atau Ibnu Sa'ad (Arab:ابن سعد), sering kali dipanggil Katib ul-Waqidi, penulis (katib) al-Waqidi.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Ibnu Sa'ad dilahirkan pada tahun 168 H/784 M[2] dan meninggal dunia pada tahun 230 H/845 M.[2] Beliau seorang sarjana Muslim Sunah dalam bidang pengajian Islam dan penulis biografi. Beliau mendapat latihan daripada al-Waqidi dan beberapa guru lain. Ibnu Sa'ad tinggal di Baghdad dan memiliki nama kerana penulisan beliau persis dan boleh dipercayai. Oleh sebab ini juga karya-karya beliau digunakan oleh ramai penulis lain yang terkemudian daripadanya.

Ibnu Sa'ad berasal dari Basrah, Iraq,[3] dan kemudian tiggal di Baghdad pada kurun ke-9. Dikatakan beliau meninggal dunia pada usia 62 tahun di Baghdad dan dikebumikan di Get Syria di kota itu.

Kelas-kelas Utama[sunting | sunting sumber]

Karya beliau, Kitab Kelas-kelas Utama (Arab: Kitab Tabaqat al-Kubra) merupakan himpunan sebesar lapan jilid yang mengandungi penulisan tentang kalumat biografi tokoh-tokoh Islam. Karya ini mengandungi biografi (sirah) Nabi Muhammad SAW, para Sahabat dan orang Ansar, termasuk mereka yang berjuang dalam Perang Badar yang dimasukkan ke dalam kelas khas, dan juga para Tabi'in, yang menerima Sunah daripada para Sahabat. Ibnu Sa'ad disahkan sebagai pengarang karya ini dalam sebuah catatan tambahan yang ditambah oleh seorang penulis yang terkemudian. Dalam catatan ini beliau diperikan sebagai "seorang yang bernaungkan al-Husain bin Abdullah daripada keluarga Abbasiyah.".[4]

Kandungan[sunting | sunting sumber]

  • Buku-buku 1 dan 2 mengandungi biografi Nabi Muhammad.
  • Buku-buku 3 dan 4 mengandungi biografi para Sahabat
  • Buku-buku 5, 6 dan 7 mengandungi maklumat biografi tentang para sarjana Islam yang terkemudian
  • Buku 8 mengandungi maklumat biografi wanita-wanita Islam.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "USC-MSA Compendium of Muslim Texts". Usc.edu. Diperoleh pada 2010-05-19. 
  2. 2.0 2.1 MM. "Imamate". Al-islam.org. Diperoleh pada 2010-05-19. 
  3. Ibn Hajar, Taqrib al-Tahdhib"
  4. "Muhammad Ibn Sa'ad Ibn al-Hyder Abadee Blogspot". Ibnalhyderabadee.blogspot.com. 2006-04-20. Diperoleh pada 2010-05-19.