Perang Badar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perang Badar
Sebahagian daripada Perang Muslim-Quraisy
The Prophet's Seal.jpg
Lukisan mohor Nabi Muhammad (SAW)
Maklumat am
Tarikh 17 Ramadhan 2 H
17 Mac 624 M (13 Mac 624 Julian)
Lokasi Badar, 80 batu (130 km) di barat daya Madinah
Hasil Kemenangan muktamad Muslim
Pihak yang berperang
Muslim dari Madinah Quraisy dari Makkah
Komander dan pemimpin
Nabi Muhammad s.a.w. Amru bin Hisyam (Abu Jahal)
Kekuatan
313 infantri & kavalri: 2 kuda dan 70 unta 900 infantri & kavalri: 100 kuda dan 170 unta
Kerugian dan kehilangan
14 terbunuh 70 terbunuh
43-70 ditawan
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Perang Badar (Bahasa Arab: غزوة بدر‎), berlaku pada 17 Ramadan tahun Kedua Hijrah (2 H) (17 Mac 624 M)[1][2] di Hijaz, di bahagian barat Semenanjung Arab (kini Arab Saudi). Ia pertempuran penting dalam zaman awal Islam dan merupakan titik perubahan dalam perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dengan pihak lawannya di kalangan Quraisy[3] di Makkah. Pertempuran ini telah diturunkan dalam sejarah Islam sebagai kemenangan muktamad disebabkan campur tangan Ketuhanan atau kepintaran Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun ia salah satu daripada sedikit pertempuran yang disebut khusus dalam kitab suci Islam al-Qur'an, hampir kesemua pengetahuan semasa mengenai perang di Badar (23°44′N 38°46′E / 23.733°U 38.767°T / 23.733; 38.767Koordinat: 23°44′N 38°46′E / 23.733°U 38.767°T / 23.733; 38.767) berasal daripada keterangan tradisional Islam, kedua-dua hadis dan sirah Nabi Muhammad s.a.w., ditulis berdekad selepas pertempuran tersebut.

Sebelum pertempuran tersebut, telah berlaku beberapa pertempuran kecil antara pihak Muslim dan Makkah pada lewat tahun 623 M dan awal tahun 624, oleh sebab ghazawāt Muslim menjadi lebih kerap. Walau bagaimanapun Badar merupakan pertempuran skala besar pertama antara dua pihak ini. Selepas mara ke kedudukan pertahanan, sahabat Nabi Muhammad (SAW) yang berdisiplin kuat berjaya memecahkan barisan puak Makkah dan membunuh beberapa ketua Quraisy termasuk satu daripada musuh utama Nabi Muhammad, Amru bin Hisham (Abu Jahal). Untuk Muslim awal, pertempuran ini amat penting kerana ia merupakan tanda pertama yang menggambarkan kemungkinan akhirnya mereka dapat mengalahkan musuh mereka di Makkah. Makkah pada masa itu merupakan salah satu daripada kota Jahiliyah yang paling kaya dan paling berkuasa di Semenanjung Arab, yang menghantar sepasukan tentera tiga kali lebih besar dari pihak Muslim. Kemenangan Muslim juga memberi isyarat kepada suku lain bahawa kuasa baru telah bangkit di Semenanjung Arab dan juga menguatkan kuasa Nabi Muhammad (SAW) sebagai ketua masyarakat Madinah yang sering bertelagah sebelumnya. Suku Arab tempatan mula memeluk Islam dan berpakat dengan Muslim dari Madinah dan dengan demikianlah perkembangan Islam bermula.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam


Nabi Muhammad s.a.w.[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Nabi Muhammad s.a.w.

Pada masa pertempuran, Semenanjung Arab telah bersedikit didiami oleh sebilangan dari orang berpenutur Arab. Sesetengahnya adalah Badwi; nomad kedesaan yang disusun dalam suku; sesetengahnya adalah petani yang tinggal sama ada di oasis di utara atau di kawasan yang lebih subur dan yang tebal diduduki ke selatan (kini Yaman dan Oman). Majoriti dari Arab merupakan penganut dari berbilangan ramai agama politeistik. Terdapat juga suku yang mengikut agama Yahudi, Kristian (termasuk Nestorianisme), dan Zoroastrianisme.

Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Makkah sekitar 570 M kepada Banū Hāshim dari suku Quraisy. Apabila baginda berumur sekitar empat puluh tahun, baginda telah menerima wahyu Ketuhanan semasa baginda bertakafur dalam gua di luar Makkah. Baginda mula berdakwah kepada saudaranya dahulu secara sembunyi dan kemudian secara terbuka. Sambutan dari dakwah baginda menarik pengikut dan penentang yang lain. Semasa tempoh ini, Nabi Muhammad s.a.w. telah dilindungi oleh bapa saudaranya Abū Tālib. Apabila beliau meninggal pada 619, kepimpinan dari Banū Hāshim telah diturunkan kepada salah satu musuh Nabi Muhammad s.a.w., 'Amr ibn Hishām,[4] yang menarik balik perlindungan dan meningkatkan lagi penindasan terhadap komuniti Muslim.

Pada 622, dengan tindakan keganasan terbuka yang dilakukan terhadap Muslim dari beberapa suku anggota Quraisy, Nabi Muhammad s.a.w. dan ramai dari pengikutnya berhijrah ke kota jiran iaitu Madinah. Penghijrahan ini menandakan permulaan pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ketua politik dan juga ketua keagamaan.

Pertempuran[sunting | sunting sumber]

Peta Perang Badar

Pada musim bunga 624 M, Nabi Muhammad menerima khabar bahawa kafilah dagangan yang diketuai Abu Sufyan dan dikawal oleh 30-40 orang, telah bertolak dari Syria kembali ke Makkah. Kafilah tersebut didana dengan duit yang ditinggalkan kaum Muslimin ketika berhijrah ke Madinah. Pihak Quraisy menjual semua barangan mereka dan menggunakan duit tersebut untuk menaja kafilah tersebut untuk mempermain-mainkan pihak Muslimin. Muhammad mengumpulkan kekuatan seramai 313 orang(82 Muhajirin dan 231 ansar), kumpulan tentera yang paling ramai yang pernah pihak Muslimin kumpulkan ketika itu.

Berarak ke Badar[sunting | sunting sumber]

Nabi Muhammad s.a.w sendiri mengetuai tenteranya dan membawa sebanyak mungkin panglima utama, termasuklah Hamzah dan bakal Khalifah, Abu Bakar, Umar dan Ali. Mereka juga membawa beberapa ekor unta dan tiga ekor kuda, yang bermakna mereka berjalan atau memuatkan tiga hingga empat orang setiap unta.[5] Walau bagaimanapun, kebanyakan sumber Muslim, termasuk Qur'an, menunjukkan bahawa diagak yang pertarungan kali ini tidak serius,[6] dan Uthman tinggal untuk menjaga isterinya yang sakit. [7]

Apabila kafilah menghampiri Madinah, Abu Sufyan mula mendengar dari pengembara dan musafir tentang rancangan penyerangan Muhammad. Dia menghantar seorang utusan bernama Damdam bin Amru al-Ghafari ke Makkah untuk memberi amaran kepada puak Quraisy dan mendapatkan bantuan. Setelah mengetahuinya, pihak Quraisy mengumpulkan tentera seramai 900-1000 orang untuk menyelamatkan kafilah tersebut. Kebanyakan bangsawan Quraisy, termasuklah Amr ibn Hishām, Walid ibn Utba, Shaiba, dan Umaiyyah bin Khalaf, menyertai tentera tersebut. Sebabnya adalah pelbagai: sesetengahnya untuk melindungi bahagian harta mereka; ada pula yang ingin membalas dendam untuk Ibn al-Hadrami, pengawal yang terbunuh di Nakhlah; akhirnya, beberapa yang lain menyertai kerana menyangka mereka akan menang mudah menentang tentera Muslim.[8] Amr ibn Hishām dikatakn telah memujuk sekurang-kurangnya seorang bangsawan, Umaiyyah bin Khalaf, menyertai ekspedisi itu. [9]

Ketika itu, tentera Nabi Muhammad s.a.w telah tiba di telaga iaitu tempat dicadangkan untuk menahan kafilah, di Badar, sepanjang jalan dagang Syria iaitu tepat jangkaan kafilah akan berhenti. Walau bagaimanapun, beberapa orang Muslim ditemui oleh orang dari kafilah tersebut[10] dan Abu Sufyan melencong ke Yanbu.[11]

Rancangan Muslimin[sunting | sunting sumber]

Dan (ingatlah) ketika Allah menjanjikan kepada kamu salah satu dari dua angkatan, menjadi untuk kamu (menghadapinya), sedang kamu suka kiranya (angkatan perniagaan) bukan angkatan (perang) yang mempunyai kekuatan itu yang dijadikan untuk kamu (menghadapinya). Padahal Allah menghendaki untuk menetapkan yang benar (agama Islam) dengan Kalimah-kalimahNya dan untuk membinasakan kaum yang kafir seluruhnya;

Qur'an Surah 8:7

Gambaran pelukis Iran dari 1314 tentang majlis perang yang diadakan pihak Muslim.

Ketika ini, perkhabaran tiba kepada tentera Muslim tentang kedatangan tentera Makkah. Nabi Muhammad segera menyeru majlis perang, memandangkan masih terdapat masa untuk berundur dan disebabkan kebanyakan tentera mereka adalah baru sahaja memeluk Islam (dipanggil Ansar atau "Penolong" untuk membezakan dengan Muslim Quraisy), yang cuma bersumpah untuk melindungi Madinah. Di bawah fasa Piagam Madinah, adalah hak mereka untuk tidak berperang atau meninggalkan tentera yang lain. Walau bagaimanapun, mengikut riwayat, mereka berjanji untuk berjuang juga, dengan Sa'ad bin 'Ubada berkata, "Jika kamu [Muhammad] mengarahkan kami mencampakkan kuda kami ke laut, nescaya kami akan lakukan."[12] Walau bagaimanapun, pihak Muslimin masih berharap utuk mengelakkan pertarungan yang sengit dan terus mara ke Badar.

Pada 15 Mac kedua-dua angkatan tentera masih berada kira-kira sehari perjalanan dari Badar. Beberapa pahlawan Muslim (termasuk Ali menurut sesetengah sumber) yang telah menunggang di hadapan angkatan utama menangkap dua orang pembawa air Makkah di telaga Badar. Menyangkakan mereka bersama dengan kafilah perdangan, para pejuang Muslim terkejut apabila mereka mengatakan mereka bersama dengan angkatan tentera Quraisy utama.[12] Sesetengah riwayat turut mengatakan apabila Nabi Muhammad mendengar nama semua bangsawan Quraisy yang mengiringi angkatan tersebut, baginda berseru "Makkah telah melempar kepada kamu cebisan terbaik hatinya."[13] Keeesokan harinya, baginda memerintah bergerak ke Badar dan tiba di sana sebelum angkatan Makkah.

Kumpulan telaga Badar terletak di cerun landai di bahagian timur lembah bernama "Yalyal". Bahagian baratnya pula dikelilingi oleh sebuah bukit besar bernama 'Aqanqal. Apabila tentera Muslim tiba dari timur, Nabi Muhammad pada mulanya memilih untuk berhenti di telaga pertama yang ditemuinya, tetapi baginda tampaknya kemudian diyakinkan oleh seorang askarnya untuk bergerak lagi ke barat dan menduduki telaga yang terdekat dengan tentera Quraisy. Baginda kemudian memerintahkan semua telaga lain ditimbus, supaya tentera Makkah terpaksa menyerang mereka untuk mendapatkan satu-satunya sumber air yang tinggal.

Rancangan Musyrikin Makkah[sunting | sunting sumber]

Orang Arab akan mendengar bagaimana kita berarak dan kehebatan rombongan kita, dan mereka akan berdiri kagum dengan kita selamanya.

Amr ibn Hishām

Tidak banyak yang diketahui tentang perkembangan tentera Quraisy sejak mereka meninggalkan kota Makkah sehingga ketibaan mereka di pinggir Badar. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang berguna untuk diketahui: walaupun kebanyakan tentera Arab akan membawa isteri dan anak semasa peperangan untuk mendorong semangat dan menjaga tentera, kaum Musyrikin tidak melakukan begitu. Juga, puak Quraisy tidak melakukan sebarang usaha untuk berpakat dengan puak Badwi yang berserakan di Hijaz.[14] Kedua-dua fakta tersebut mencadangkan bahawa pihak Quraisy kekurangan masa untuk bersiap sedia untuk peperangan tersebut dalam usaha mempertahankan kafilah mereka. Malah, dipercayai bahawa apabila mereka tahu mereka lebih ramai, mereka menjangkakan kemenangan mudah.

Apabila pihak Quraisy tiba di Juhfah, di selatan Badar, mereka menerima pesanan daripada Abu Sufyan yang memberitahu mereka bahawa kafilah telah selamat di belakang mereka, dan mereka boleh pulang ke Makkah.[15] Pada ketika ini, menurut Karen Armstrong, terdapat percanggahan antara tentera Makkah. Amr ibn Hishām mahu meneruskan juga peperangan, tetapi beberapa kabilah yang ada, termasuk Bani Zuhrah dan Bani Adi, ingin pulang. Armstrong mencadangkan mereka memikirkan kuasa yang akan Abu Jahal dapat jika memenangi Muslim. Rombongan Bani Hashim, yang berdegil untuk melawan puak mereka sendiri, juga pergi bersama mereka.[16] Walaupun dengan kekurangan tersebut, Amr ibn Hishām masih berdegil untuk berlawan, mengatakan "Kita takkan pulang sehingga kita tiba di Badar." Pada ketika ini, Abu Sufyan dan beberapa orang lain dari kafilah dagang menyertai bala tentera mereka.[17]

Hari pertarungan[sunting | sunting sumber]

Pada tengah malam 17 Mac, tentera Quraisy siap berkemas dan mula bertolak ke lembah Badar. Setelah hujan pada hari sebelumnya, mereka terpaksa bekerja lebih untuk mengalihkan kuda dan unta mereka ke bukit 'Aqanqal (sumber mengatakan matahari telah terbit apabila mereka tiba di puncak bukit).[18] Selepas mereka turun dari 'Aqanqal, tentera Makkah mendirikan perkhemahan di lembah. Ketika mereka berehat, mereka menghantar pengintip, Umayr ibn Wahb untuk melihat barisan tentera Muslim. Umayr melaporkan yang tentera Muhammad adalah kecil bilangannya, dan tiada pasukan Muslim lain yang akan menyertai peperangan itu.[19] Walau bagaimanapun, dia juga meramalkan kecederaan teruk pada tentera Quraisy dalam serangan itu nanti (satu hadis merujuk dia melihat "unta-unta [Madinah] sarat dengan kematian").[20] Ini kemudiannya meruntuhkan semangat puak Quraish, kerana peperangan orang Arab lazimnya tidak begitu mencederakan hingga parah. Ini menyebabkan satu lagi pertengkaran antara pemimpin Quraisy.

Pertempuran bermula dengan perwira kedua tentera bersemuka untuk bertarung. Tiga orang Ansar muncul dari barisan Muslim, tetapi ditolak Musyrikin Makkah, yang tidak mahu memulakan persengketaan tidak perlu dan cuma mahu berlawan dengan Muhajirin Makkah. Lalu keluarlah Ali, Ubaidah dan Hamzah. Mereka berjaya menewaskan wakil Quraisy dalam perlawanan tiga-lawan-tiga, walaupun Ubaidah cedera membawa maut.[21]

Kini, kedua-dua pihak memulakan serangan panah terhadap satu sama lain. Dua orang Musilm dan beberapa orang Quraisy telah terbunuh. Sebelum serangan bermula, Muhammad telah mengeluarkan arahan kepada tentera Muslim untuk menyerang dengan senjata jarak jauh, dan hanya berhadapan dengan tentera Quraisy dengan senjata tangan apabila mereka mara.[22] Kini, baginda mengarahkan untuk menyerang, dengan membaling segenggam batu kerikil kepada tentera Makkah yang mungkin perlakuan lazim orang Arab sembil meneriak "Cacatlah muka itu!"[23][24] Tentera Muslim turut menjerit "Yā manṣūr amit!"[25] dan mara ke barisan tentera Quraisy. Ketegangan serangan pihak Muslim boleh dilihat dalam beberapa ayat Qur'an, yang merujuk ribuan malaikat turun dari langit ke Badar untuk mengalahkan Quraisy.[24][26] Harus diperhatikan yang sumber awal Islam mengambilnya secara harfiah, dan terdapat beberapa hadis yang baginda Nabi Muhammad membincangkan Malaikat Jibril dan peranannya dalam peperangan itu. Bagi pihak Musyrikin Makkah, kekurangan kekuatan dan tidak bersemangat untuk berperang menyebabkan mereka berpecah dan bertempiaran lari. Peperangan hanya berlangsung selama beberapa jam dan tamat menjelang awal tengah hari.[23]

Selepas pertempuran[sunting | sunting sumber]

Korban dan tawanan perang[sunting | sunting sumber]

Imam al-Bukhari menyenaraikan kerugian Quraisy seramai 70 terbunuh dan 70 orang menjadi tawanan.[27] Jumlah ini merupakan 15%–16% kekuatan tentera Quraisy. Sayidina Ali sahaja menewaskan 18 orang yang maut.[28] Korban Muslim sering kali dinyatakn sebagai 14 orang syahid, lebih kurang 4% kekuatan mereka.[24] Sumber-sumber tidak menyatakan jumlah yang tercedera kedua belah pihak.

Sewaktu pertempuran, pihak Muslim menawan beberapa orang Quraisy. Nasib mereka mencetuskan kontroversi di kalangan tentera Islam.[29] Kerisauan awal adalah kemungkinan tentera Makkah berkumpul semula dan menyerang; tentera Islam tidak mampu menugaskan pejuangnya untuk mengawal tawanan perang. Sa'eed and Sayidina Umar cenderung membunuh para tawanan akan tetapi Sayidina Abu Bakar berhujah agar mereka dilepaskan daripada hukuman bunuh. Nabi Muhammad akhirnya memilih pandangan Abu Bakar dan kebanyakan tawanan dibiarkan hidup dengan harapan mereka memeluk Islam (malah, ada yang melakukan sedemikian).[30] Sejurus sebelum baginda meninggalkan Badr, Nabi juga memerintahkan agar lebih 20 orang Quraisy yang terbunuh ditanam di dalam telaga di Badr.[31] Beberapa hadis merujuk kepada perbuatan ini yang dikatakan mendatangkan kemarahan orang Quraisy Makkah. Tidak lama kemudian, beberapa orang Muslim yang ditawan sekutu Quraisy di bawa ke Makkah dan dibunuh sebagai balas dendam terhadap kekalahan.

Mengikut lunas-lunas kesumat berdarah tradisi Arab, mana-mana orang Makkah yang kehilangan ahli keluarga mereka di Badar seharusnya membalas dendam terhadap anggota puak yang membunuh saudara mereka. Di pihak Muslim, juga terdapat keinginan membalas dendam di atas kezaliman yang dilakukan terhadap mereka selama bertahun-tahun. Namun, selepas pertempuran, tawanan perang ditumpangkan dengan keluarga orang Islam dan diberi layanan baik.

Kesan[sunting | sunting sumber]

Peperangan Badar sangat berpengaruh dalam kenaikan dua individu yang dalam sejarah Arabia. Individu pertama ialah Nabi Muhammad, yang bertukar daripada seorang dalam buangan kepada seorang pemimpin. Marshall Hodgson menambah bahawa Badar memaksa orang Arab lain "menganggap orang Islam sebagai pencabar dan mungkin pewaris martabat dan peranan politik Quraisy." Sejenak selepas Badar, Nabi Muhammad mengusir Banu Qaynuqa, satu daripada suku Yahudi yang melanggar syarat-syarat perjanjian dengan orang Islam kerana menggunakan kekerasan terhadap seorang wanita Muslim. Suku ini juga mengancam kedudukan politik baginda. Pada masa yang sama kedudukan Abdullah bin Ubayy, musuh utama Nabi Muhammad menjadi lemah, dan semenjak Badar hanya mampu membuat cabaran kecil-kecilan terhadap Nabi.[32]

Orang kedua yang meraih manfaat daripada Perang Badar ialah Abu Sufyan. Kematian Abu Jahal, dan beberapa pembesar Quraisy lain [33] memberi peluang, dengan cara hampir automatik, kepada Abu Sufyan menjadi ketua Quraisy. Ekoran itu, Abu Sufyan menjadi perunding utama bagi pihak Quraisy apabila Nabi Muhammad membuka Makkah enam tahun kemudian. Abu Sufyan kemudiannya menjadi pegawai tinggi dalam Empayar Islam dan anaknya Muawiyyah menjadi pengasas Kekhalifahan Umayyah.

Pada hari-hari kemudian, penglibatan sebagai pejuang di Badar menjadi penting sehinggakan Ibn Ishaq memuatkan senarai nama pejuang satu persatu dalam karya sirahnya. Nama syahid Badar terdapat dalam banyak hadis, dan mereka juga mungkin mendapat gaji[34] Veteran Badar terakhir meninggal dunia dalam Perang saudara Islam Pertama[35]

Seperti diringkaskan Paul K. Davis, "Kemenangan Mohammed mengesahkan kuasanya sebagai ketua Islam; dengan menarik hati suku-suku Arab yang menyertai beliau, bermulalah pengembangan Islam."[36]

Sumber sejarah[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan maklumat tentang Perang Badar datang sama ada kisah tradisional Islam, al-Qur'an atau Hadis. Dalam alam bahasa Inggeris, tidak diketahui sama ada terdapat rekod bertulis selain daripada kisah tradisional Islam kerana pada masa itu di Hijaz, bahasa Arab merupakan bahasa lisan dan kebanyakan rekod dalam bentuk perceritaan lisan.

Badar dalam Al-Qur'an[sunting | sunting sumber]

Perang Badar adalah salah satu peperangan dengan jelas ditunjukkan dalam Qur'an. Ia dihuraikan dalam Surah Al-i-'Imran (3:123), sebagai sebahagian daripada perbandingan dengan Perang Uhud.

“Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): "Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?," Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.”[al-Quran 3:123-125 (Basmeih)]

Di Badar, tentera Islam menunjukkan disiplin tinggi, semetara di Uhud, mereka meninggalkan barisan dan mengejar pasukan Quraisy dang dengan itu membenarkan pasukan berkuda Makkah bergerak melalui rusuk dan hampir mengalahkan mereka.

Perang Badar juga digunakan sebagai satu Tanda pertolongan dan Pengajaran Allah SWT dalam Surah yang sama:

“Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan ugama Allah), dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa - dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya).”[al-Quran 3:13 (Basmeih)]

Badar juga menjadi tajuk Surah Al-Anfal, yang memperincikan pelaksaan serta kelakuan dalam peperangan. 'Al-Anfal' bermaksud harta rampasan perang dan merujuk kepada perbincangan orang Islam pasca-pertempuran tentang bagaimana mahu membahagikan harta rampasan perang. Mahupun Surah Al-Anfal tidak menamakan Badar, ia memerikan beberapa pertempuran dalamnya dan beberapa Ayatnya dari atau diWahyukan sejurus selepas Perang.[37]

Hukuman bunuh[sunting | sunting sumber]

Selepas pertempuran Nabi Muhammad menerima Perintah bagaimana membahagikan harta rampasan perang, dan mengikut penulis Sirah, Saifur Rahman al Mubarakpuri, satu Ayat juga memerintahkan hukuman bunuh ke atas Nadr bin Harith, pembawa panji-panji Quraisy dalam Perang Badar. Dilaporakan Nadr bin Harith menjalani hukuman bunuh di tangan Sayidina Ali.[38] Buku yang sama juga menyatakan Uqba bin Abu Muayt juga dihukum bunuh dan dia dipancung oleh Asim Bin Thabit Ansari (beberapa sumber menyatakan hukuman dilaksanakan Sayidina Ali).[39]

Zaman moden[sunting | sunting sumber]

'Badar' sudah menjadi popular di kalangan angkatan tentera dan pertubuhan separa tentera Islam moden. Operasi Badr menjadi nama operasi Mesir menentang Israel dalam Peperangan Yom Kippur dan juga gerakan Pakistan dalam operasi dalam Perang Kargil dalam tahun 1999. Dalam perang Iran-Iraq, tentera Iran juga menggunakan nama Badar dalam operasinya. Dan semasa Perang saudara Libya pada tahun 2011, para pemimpin pasukan pemberontak menyatakan bahawa mereka memilih hari serangan ke atas Tripoli sebagai 20 Ramadan, sempena hari Perang Badar.[40]

Perang Badar juga ditayangkan dalam filem The Message, dan filem animasi tahun 2004, Muhammad: The Last Prophet.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Abdul Latip Talib (2010). Perang Badar. Selangor: PTS Litera Utama. ISBN 9789833892921. 
  2. Siti Ainiza Kamsari (29/12/2010). "Perang Badar tidak pernah dirancang". Bicara Agama. Utusan Malaysia Online. Diperoleh pada 13 Mac 2012. 
  3. Quraisy merujuk kepada suku yang mengawal Makkah. Istilah "Quraisyi" dan "penduduk Makkah" digunakan secara ditukar ganti antara Hijrah pada 622 M dan Pembukaan Makkah oleh Muslim pada 630.
  4. Kebencian ramai Muslim yang ada terhadap Hishām boleh dilihat pada nama samarannya, "Abū Jahal" (Bapa Kejahilan), iaitu bagaimana majoriti Muslim mengetahuinya kini.
  5. Lings, pp. 138-139
  6. Sahih al-Bukhari: Volume 5, Book 59, Number 287
  7. Sahih al-Bukhari: Volume 4, Book 53, Number 359
  8. Martin Lings, p. 139-140.
  9. Sahih al-Bukhari: Volume 5, Book 59, Number 286
  10. Ibn Ishaq mengatakan Abu Sufyan sendiri menunggang ke hadapan untuk meninjau kawasan itu dan mengesan peninjau Muslim melalui biji kurma dalam tahi unta mereka
  11. Martin Lings, p. 140
  12. 12.0 12.1 Sahih Muslim: Book 19, Number 4394
  13. Martin Lings, p. 142
  14. Lings, p. 154.
  15. Lings, p. 142.
  16. Armstrong, p. 174
  17. Lings, pp. 142-143.
  18. Armstrong, p. 175.
  19. Lings, pp. 143-144.
  20. Armstrong, pp. 174-175.
  21. Sunan Abu Dawud: Book 14, Number 2659
  22. Sunan Abu Dawud: Book 14, Number 2658
  23. 23.0 23.1 Armstrong, p. 176.
  24. 24.0 24.1 24.2 Lings, p. 148.
  25. "O thou whom God hath made victorious, slay!"
  26. Qur'an: Surah 3:123-125. "[123] Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). [124] (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?. [125] Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertakwa dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing."
  27. Imam al-Bukhari Sahih Bukhari Jilid 4, Buku 52, Hadis No 276
  28. Sword of Allah, Lieutenant-General A.I. Akram, Ch.3 pp. 1
  29. Qur'an:Surah 8:67–69. "[67] Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum ia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [68]Kalaulah tidak (kerana) adanya ketetapan dari Allah yang telah terdahulu, tentulah kamu ditimpa azab seksa yang besar disebabkan (penebus diri) yang kamu ambil (dari orang-orang tawanan) itu. [69] Maka makanlah dari apa yang kamu telah dapat (dalam peperangan) itu, sebagai benda yang halal lagi baik, serta bertaqwalah kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
  30. Lings, pp. 149–151
  31. Imam Muslim, Sahih Muslim, Buku 040, Hadis No 6870
  32. Hodgson, pp. 176–178.
  33. termasuk Abu Lahab yang sudah tua, yang tidak hadir di Badar tetapi meninggal dunia beberapa hari selepas kepulangan tentera Makkah.
  34. Imam al-Bukhari Sahih Bukhari Jilid 5, Buku 59, Nombor 357
  35. Imam al-Bukhari Sahih Bukhari Jilid 5, Buku 59, Nombor 358.
  36. Paul K. Davis, 100 Decisive Battles from Ancient Times to the Present: The World’s Major Battles and How They Shaped History (Oxford: Oxford University Press, 1999), 95–96.
  37. Imam al-Naisaburi Reasons of Revelation of the Noble Quran terjemahan Bahasa Inggeris oleh Aiman Saleh Sha'aban dan Muhammad Ismail, Dakwah Corner Bookstore, Kuala Lumpur, 2010 ms 335 ISBN 978-983-44626-9-7
  38. Sealed Nectar, Page 274
  39. Saifur Rahman Al-Mubarakpuri, 2002, DarusSalam Publishing,page 157
  40. Laub, Karin (21 August 2011). "Libyan Rebels Say They Are Closing In on Tripoli". Associated Press (via The Atlanta Journal-Constitution). Retrieved 21 August 2011.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Buku dan artikel[sunting | sunting sumber]

Web[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:

23°44′N 38°46′E / 23.733°U 38.767°T / 23.733; 38.767