Ibupejabat Imperial Bawah Tanah Matsushiro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pintu masuk ke kompleks

Ibupejabat Imperial Bawah Tanah Matsushiro (Jepun: 松代大本営跡, Hepburn: Matsushiro Daihon'ei Ato, lit. Tapak Ibupejabat Imperial Matsushiro) adalah sebuah binaan kompleks bunker bawah tanah yang besar semasa Perang Dunia Kedua di bandar Matsushiro, kini merupakan bandar pinggiran Nagano, Jepun.[1] Kemudahan ini telah dibina supaya organisasi-organisasi utama kerajaan Imperial Jepun boleh dipindahkan ke sana. Semasa pembinaannya, tiga buah gunung yang menjadi simbol perbandaran Matsushiro telah rosak.

Sebahagian daripada gua itu dibuka kepada orang ramai hari ini, dan dikendalikan sebagai tarikan pelancong oleh pemerintah Nagano.

Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Pemandangan gua

Pembinaan bermula pada 11 November 1944[2] dan berterusan sehingga Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945. Pembinaan siap 75% pada penghujung perang, dengan 5,856.6 meter persegi (63,040 ka2) ruang lantai (59,635 meter padu (2,106,000 ka3) tanah) di gali. Antara 7,000 dan 10,000 buruh paksa Korea telah digunakan untuk membina kompleks tersebut, dan dianggarkan seramai 1,500 orang maut.[3] 46 orang Korea hilang pada 15 Ogos 1945, semasa Jepun menyerah kalah. Projek tersebut menelan belanja ¥200,000,000.[2]

Komposisi[sunting | sunting sumber]

Kompleks ini merupakan siri terowong bersambung di bawah beberapa gunung. Kemudahan untuk Markas Besar Imperial dan fungsi istana telah dibina di bawah Gunung Maizuru; komunikasi tentera di bawah Gunung Saijo; agensi kerajaan, NHK dan kemudahan telefon pusat di bawah Gunung Zōzan; kediaman keluarga diraja di bawah Gunung Minakami, dan Tempat Suci Imperial di bawah Gunung Kobo.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ McCormack, 253
  2. ^ a b Cook, 433
  3. ^ Cook, 436
  4. ^ World War II Imperial Headquarters - Matsushiro . Japan Travel Guide. The Yamasa Institute

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Cook, Haruko Taya; Theodore F. Cook (1992). "Chapter 22 - Interview with Yamane Masako". Japan at War: An Oral History. New Press. ISBN 1-56584-039-9.
  • Drea, Edward J. (2003). In the Service of the Emperor: Essays on the Imperial Japanese Army. University of Nebraska Press. ISBN 0-8032-6638-3.
  • McCormack, Gavan (2001). The Emptiness of Japanese Affluence. M.E. Sharpe. ISBN 0-7656-0767-0.