Wolfsschanze

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Wolf's Lair
Wolfsschanze
Wolfsschanze, Gierloz, Poland 2.jpg
Pintu masuk ke Führer Bunker di Wolfsschanze.
Bangunan
Bandar Hutan Gierłoż, Rastenburg, Poland
Pemilik Kerajaan Poland
Koordinat 54°04′46″N 21°29′37″W / 54.079344°U 21.493544°B / 54.079344; -21.493544Koordinat: 54°04′46″N 21°29′37″W / 54.079344°U 21.493544°B / 54.079344; -21.493544
Pembinaan
Dimulakan 1940
Disiapkan 21 Jun 1941
Dimusnahkan 24-25 Januari 1945
Pasukan reka bentuk
Firma seni bina Hochtief AG
Organisasi Todt
Lokasi
Peta menunjukkan lokasi Wolf's Lair di Poland
Peta menunjukkan lokasi Wolf's Lair di Poland
Lokasi Wolf's Lair dalam sempadan sekarang.

Wolfsschanze (lebih dikenali sebagai Wolf's Lair atau Sarang Serigala oleh negara-negara Barat) adalah merupakan sebuah ibu pejabat ketenteraan pertama Adolf Hitler di perbatasan timur semasa Perang Dunia II. Ia merupakan salah satu daripada beberapa Markas Führer (Führerhauptquartier) yang terletak di pelbagai tempat di Eropah. Kompleks ini yang dibina untuk Operasi Barbarossa, serangan Jerman ke atas Kesatuan Soviet pada tahun 1941, terletak di dalam hutan Masuria, kira-kira 8 kilometers (5.0 bt) daripada sebuah bandar kecil Rastenburg, Prusia Timur (kini Kętrzyn di Poland).

Sistem kubu asal telah dibina oleh Organisasi Todt, tetapi rancangan pembesaran selepasnya tidak pernah disiapkan; kerja-kerja pembesaran telah dihentikan hanya beberapa hari sebelum kemaraan Tentera Merah Rusia ke Angerburg (kini Węgorzewo), sejauh kira-kira 15 kilometers (9.3 bt) darinya. Merupakan markas paling rahsia dengan keselamatan yang ketat, ia telah dikawal oleh anggota-anggota daripada Reichssicherheitsdienst SS dan pasukan daripada Führer Begleit Brigade armor Wehrmacht'. Walaupun tiga zon sekuriti mengelilingi tengah kompleks dimana Führer bunker ditempatkan, satu percubaan membunuh Hitler telah berlaku di Wolf's Lair pada 20 Julai 1944.

Hitler tiba buat pertama kali di Wolf's Lair pada lewat malam 23 Jun 1941,[1] dan berlepas pulang untuk kali terakhir pada 20 November 1944. Keseluruhannya, beliau telah menghabiskan lebih daripada 800 hari di sini sepanjang tempoh 3 1/2-tahun.

Kompleks ini dimusnahkan dan ditinggalkan pada 25 Januari 1945, hanya 48 jam sebelum kedatangan tentera Soviet. Sisa tinggalannya kini terletak di perkampungan desa, Gierłoż (Bahasa Jerman: Forst Görlitz) berdekatan Kętrzyn, Poland.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan kershaw tidak disediakan
  2. Dahulunya, kompleks ini terletak di wilayah Prusia Timur, Jerman, iaitu bahagian selatan di mana ia kemudian telah diberikan kepada Republik Rakyat Poland selepas tamat perang pada tahun 1945.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Sumber
Dokumentari

Pautan luar[sunting | sunting sumber]