Ikan duyung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ikan duyung
Waterhouse a mermaid.jpg
Ikan duyung dilukis oleh John William Waterhouse
Makhluk
Kumpulan Mitos
Subkumpulan Semangat air
Data
Mitologi Mitos dunia
Kali pertama dilaporkan c. 1000 BC
Negara Sejagat
Habitat Lautan, laut
Ikan duyung dan duyung jantan, 1866. Artis rakyat Russia yang tidak dikenali.

Ikan duyung merupakan makhluk air mitos dengan kepala dan badan wanita dan ekor ikan. Ikan durung digambarkan secara meluas dalam cerita rakyat, kesusteraan dan budaya popular.

Sekilas pandang[sunting | sunting sumber]

Menurut legenda, ikan duyung adalah makhluk air yang memiliki kepala dan tubuh layaknya seorang perempuan dan ekor menyerupai ikan. Ikan duyung hidup di dasar laut dan dikatakan merupakan seorang puteri yang telah disumpah sebahagian anggotanya daripada paras pinggang hingga ke kaki menjadi ikan. Cerita mengenai ikan duyung wujud dalam hampir semua masyarakat di dunia. Dalam mitologi Yunani, ikan duyung dikatakan selalu menggoda para pelaut yang lalai. Sesiapa yang tergoda akan menemui ajalnya. Masyarakat Babilonia pula menyembah ikan duyung sebagai Tuhan atau dewa laut yang dikenal sebagai Ea atau Oannes. Oannes digambarkan sebagai duyung jantan.

Putri ikan duyung juga dikenali sebagai watak dalam dongeng The Little Mermaid (1836) karya Hans Christian Andersen yang telah diterjemah ke pelbagai bahasa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: