Ikrar Negara Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ikrar negara Singapura dikarang oleh Encik S Rajaratnam pada tahun 1966, berlatar-belakangkan insiden perusuhan kaum Cina-Melayu yang berleluasa dari tahun 50 ke 60-an. Beliau akur bahawa bahasa, bangsa dan agama boleh menjadi sebab yang memecah-belahkan sebuah masyarakat. Dengan ikrar ini, beliau ingin menekankan bahawa perbalahan dapat diatasi jika rakyat Singapura benar-benar mengambil kisah akan negara mereka. Draf teks ikrar diserahkan kepada perdana menteri pada masa itu, Encik Lee Kuan Yew, yang memperbaiki lagi teks tersebut sebelum mengemukakannya pada Kabinet. Ikrar ini diucapkan dalam bahasa Inggeris oleh pelajar-pelajar sekolah setiap hari dan juga oleh rakyat Singapura pada Hari Kebangsaan setiap 9 Ogos.

Ikrar [sunting]

Bahasa Inggeris [sunting]

We, the citizens of Singapore,
pledge ourselves as one united people,
regardless of race, language or religion,
to build a democratic society
based on justice and equality
so as to achieve happiness, prosperity and
progress for our nation.

Bahasa Melayu (Asal) [sunting]

Kami, warganegara Singapura,
sebagai rakyat yang bersatu padu,
tidak kira apa bangsa, bahasa, atau ugama,
berikrar untuk membina suatu masyarakat yang demokratik,
berdasarkan kepada keadilan dan persamaan untuk mencapai kebahagiaan,
kemakmuran dan kemajuan bagi negara.