Imam At-Thawawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Al-Imam Ath-Thahawi atau Imam At-Thawawi ialah seorang imam pakar penghafal hadis. Nama sebenar beliau ialah, Abu Ja'far Ahmad bin Muhammad bin Salaamah bin Salaamah bin Abdil Malik Al-Adzi Al-Hajari Al-Mishri Ath-Thahawi Al-Hanafi. Beliau dilahirkan di Buthha, sebuah desa di negara Mesir, ketika ini berada di dalam wilayah muhafazah (setingkat kabupaten) al-Meniya. Beliau dilahirkan pada tahun 239 Hijrah, ada juga yang mengatakan 237 Hijrah. Beliau dibesarkan dirumah kediaman yang penuh dengan ilmu dan keutamaan. Ayah beliau adalah seorang Ulama. Sedangkan pakciknya, Al-Imam Al-Muzanni, sahabat al-Imam as-Syafie yang membantu menyebarluaskan ilmu beliau.

Al-Imam ath-Thahawi belajar pada pakciknya sendiri Al-Muzanni dan mendengar periwayatan [akciknya dari Al-Imam Asy-Syafie Rahimahullah. Tatkala beliau menginjak pada usia 20 tahun, beliau meninggalkan mazhab Al-Imam Asy-Syafie, dan beralih ke madzhab Al-Imam Abu Hanifah atau Mazhab Hanafi.

Diantara guru-guru beliau selain pakciknya, Al-Muzanni, juga Al-Qadhi Abu Ja'far Ahmad bin Imran Al-Baghdadi, Al-Qadhi Abu Khazim Abdul Hamid bin Abdul 'Aziz al-Baghdadi, Yunus bin Abdul 'Ala Al-Mishri dan lain-lain.

Diantara murid-murid beliau: Abu Bakar Ahmad bin Muhammad bin Manshur, Ahmad bin Al-Qasim bin Abdillah Al-Baghdadi yang dikenal dengan Ibnul Khasysyab Al-Hafizh, Abul Hasan Ali bin Ahmad Ath-Thahawi dan lain-lain.

Al-Imam Ath-Thahawi adalah orang berilmu yang memiliki keutamaan. Beliau mampu menguasai sekaligus Ilmu Fikih dan Hadits, serta cabang-cabang keilmuan lainnya. Baliau menjadi wakil dari Al-Qadhi Abu Abdillah Muhammad bin 'Abdah, seorang qadhi di Mesir.

Pada Awal bulan Dzul-Qa'idah dalam usia delapan puluh tahun lebih, beliau meninggal dunia. Tepatnya pada tahun 321 Hijrah