Indeks warna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam astronomi, indeks warna merupakan pernyataan mudah yang menentukan warna objek, iaitu dalam kes bintang, ia merujuk suhu. Untuk mengukur indeks, seseorang perlu mengukur magnitud objek melalui dua penuras yang berbeza, seperti U dan B, atau B dan V, iaitu U sensitif kepada sinaran ultra ungu, B sensitif kepada cahaya biru dan V sensitif kepada cahaya visual (hijau-kuning) (lihat juga: sistem UBV). Set jalur-laluan atau turas dipanggil sistem fotometrik. Perbezaan dalam magnitud yang ditemui dengan turas ini dipanggil indeks warna U-B atau B-V mengikut turas yang digunakan. Lebih kecil indeks warna, lebih biru (atau lebih panas) objek itu. Sebaliknya, lebih besar indeks warna, lebih merah (atau lebih sejuk) objek itu. Ini merupakan kesan skala magnitud logaritma, iaitu objek yang lebih cerah mempunyai magnitud yang lebih kecil (lebih negatif) daripada yang lebih malap. Sebagai perbandingan, Matahari yang kekuningan mempunyai indeks B-V 0.656±0.005[1], manakala Rigel yang kebiruan mempunyai B-V -0.03 (magnitud B ialah 0.09 dan magnitud V ialah 0.12, B-V=-0.03).[2]

Indeks warna bagi objek yang jauh lazimnya lazimnya dipengaruhi oleh penghapusan najam —iaitu mereka kelihatan lebih merah berbanding bindang yang lebih dekat. Jumlah kemerahan dicirikan oleh lebihan warna, ditakrifkan sebagai perbezaan antara Indeks warna tercerap dan Indeks warna normal (atau Indeks warna intrinsik), indeks warna hipotesis sebenar bintang, tidak dipengaruhi olehnya.


Sebagai contoh, dalam sistem fotometrik UBV, kita boleh menulisnya untuk warna B-V:

E_{B-V} = (B-V)_{\textrm{Cerap}} - (B-V)_{\textrm{Intrinsik}}

Kebanyakan ahli astronomi optik jalur-laluan menggunakan turas UBVRI, iaitu turas U, B, dan V seperti yang dinyatakan di atas, turas R bagi laluan cahaya merah dan turas I untuk infra merah. Sistem turas ini kadang-kala dinamakan sistem turas Johnson-Cousins, dinamakan sempena pengusul sistem (lihat rujukan). Turas ini ditentukan sebagai gabungan tertentu turas kaca dan tiub pengganda. M. S. Bessel memperincikan satu set turas perambatan bagi pengesan tindak balas rata, maka mengesahkan pengiraan indeks warna untuk lebih tepat, pasangan turas yang bersesuaia dipilih bergantung kepada warna suhu objek: B-V untuk objek julat tengah, U-V untuk objek panas dan R-I untuk objek sejuk.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^  The Simbad Astronomical Database' Rigel page
  2. ^  David F. Gray (1992), The Inferred Color Index of the Sun, Publications of the Astronomical Society of the Pacific, vol. 104, no. 681, pp. 1035-1038 (November 1992)