Bintang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kawasan pembentukan bintang di Large Magellanic Cloud. Imej NASA/ESA

Bintang (Jawi: بينتڠ) merupakan bebola jisim gas yang terbentuk disebabkan tarikan graviti mereka sendiri. Cahaya bintang terhasil dari tindakbalas pelakuran nuklear di bahagian teras, di mana unsur hidrogen digabungkan untuk menghasilkan unsur helium, gelombang eletromagnetik, dan tenaga. Permulaan kelahiran bintang dipercayai daripada kepulan gas hidrogen dan debu angkasa yang membentuk Nebula.

Apabila debu dan gas berkumpul, daya gravitinya meningkat dan menarik lebih banyak debu dan gas daripada Nebula sehingga termampat dan membentuk bebola gas. Apabila bebola gas mempunyai daya tarikan graviti yang tinggi, tekanan meningkat menghasilkan suhu tinggi sehingga berlaku pelakuran nuklear gas hidrogen yang membebaskan helium, haba, dan cahaya.

Bintang terdekat dengan bumi adalah matahari pada jarak purata 149,680,000 kilometer, diikuti oleh Proxima Centauri dalam gugusan bintang Centaurus kira-kira 39.9 trilion kilometer atau 4.2 tahun cahaya. Bintang dikelaskan melalui melalui spektrum cahaya yang dihasilkan yang menentukan warna nyalaan bintang, suhu, kecerahan, saiz, jisim, ketumpatan, dan komposisi kimianya.

Userboxes

Keterangan

Warna:        Suhu Permukaan:        Contoh
Biru          > 25,000C             Spica
Putih-Biru    11,000C - 25,000C     Rigel
Putih         7,500C - 11,000C      Sirius
Putih-Kuning  6,000C -  7,500C      Procyon A
Kuning        5,000C -  6,000C      Matahari
Jingga        3,500C - 5,000C       Arcturus
Merah         <3,500C               Betelgeuse
Matahari adalah bintang paling terdekat dengan bumi

Kecerahan bintang dibahagi kepada 1 hingga 6, dimana satu ialah bintang paling cerah, dan 6 sebagai bintang paling malap. Terdapat juga kecerahan yang diukur secara mutlak yang dikenali sebagai magnitud mutlak antara +26.0 sehingga -26.5. Saiz bintang menurut turutan kecil ke besar adalah Neutron < Kerdil (0.01 saiz Matahari) < matahari < Gergasi < Super gergasi bersaiz 400 kali matahari). Ketumpatan bintang bergantung kepada saiz bintang yang memberi kesan kepada graviti bintang.

Kandungan kimia bintang dikenalpasti menggunakan peralatan spektroskop. Apabila kandungan hidrogen di teras bintang kehabisan, teras bintang mengecut dan membebaskan banyak haba dan memanaskan lapisan luar bintang. Lapisan luar bintang yang masih banyak hidrogen mengembang dan bertukar warna merah dan dikenali sebagai gergasi merah yang boleh mencapai 100 kali saiz matahari sebelum membentuk bintang kerdil putih. Sekiranya bintang tersebut bersaiz lebih besar daripada matahari, ia akan membentuk super gergasi merah. Super gergasi merah ini kemudiannya membentuk Nova atau Supernova dan kemudiannya membentuk bintang neutron atau Lohong hitam.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Bintang tidak bertaburan sekata di alam semesta, tapi biasanya bergugusan di dalam galaksi bersama-sama gas dan debu antara bintang. Galaksi tipikal mengandungi beratus-ratus bilion bintang, dan terdapat lebih daripada 100 bilion (1011) galaksi di dalam alam semesta yang dapat dilihat.[1] Sementara selalu dipercayai bahawa bintang hanya wujud di dalam galaksi, bintang antara galaksi telah ditemui.[2] Kiraan bilangan bintang pada tahun 2010 dianggarkan sebanyak 300 sextillion (3 × 1023) di dalam alam semesta yang dapat dilihat.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "What is a galaxy? How many stars in a galaxy / the Universe?". Royal Greenwich Observatory. http://www.nmm.ac.uk/server/show/ConWebDoc.20495. Capaian 2006-07-18. 
  2. "Hubble Finds Intergalactic Stars", Hubble News Desk, 1997-01-14. Dicapai pada 2006-11-06. 
  3. "Starry Starry Starry Night: Star Count May Triple", NPR, December 1, 2010. Dicapai pada 2010-12-07. Diarkibkan drpd. yang asli di 2010-12-06.