Indre-et-Loire

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jata Indre-et-Loire

Indre-et-Loire berasal dari nama Sungai Indre dan Loire adalah sebuah jabatan di Perancis. Jabatan ini termasuk dalam wilayah Centre, bersempadan dengan Loir et Cher, Indre, Vienne, Maine et Loire dan Sarthe.

Indre-et-Loire adalah salah satu dari 83 jabatan yang dibentuk ketika era Revolusi Perancis pada 4 Mac 1790. Dibentuk dari provinsi Touraine.

Jabatan Indre-et-Loire memiliki 277 komun yang dikenali dengan département Indre-et-Loire. Ia berkeluasan sekitar 6 127 km² dan penduduk 554 003 (1999). Ibukotanya ada di Tours.

Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Indre-et-Loire memiliki banyak château menonjol yang dibuka kepada awam, antaranya seperti berikut:

Panorama Château de Chenonceau di Indre-et-Loire
  • Château d'Amboise
  • Château of Azay-le-Rideau
  • Château de la Bourdaisière
  • Château de Chenonceau
  • Château de Chinon
  • Château de la Guerche
  • Château de Langeais
  • Château de Loches
  • Château de Marçay
  • Château de Montpoupon
  • Château de Plessis-lez-Tours
  • Château du Rivau
  • Château de Tours
  • Château de Villandry