Martinique

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Imej satelit Martinique

Martinique adalah sebuah pulau berstatus jabatan seberang laut (département d'outre-mer/DOM) Perancis dan juga kawasan seberang laut (région d'outre-mer) di bahagian timur Laut Caribbean. Ia terletak kira-kira 450 km timur laut Amerika Selatan, dan kira-kira 700 km di tenggara Republik Dominika. Prefekturnya (ibu kota) adalah Fort de France

Christopher Columbus mengunjungi pulau ini pada 15 Jun 1502. Orang Perancis mulai bermukim di Martinique pada 1635.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pemandangan Kubu Diraja kira-kira 1750.

Kewujudan manusia di Martinique dianggap agak baharu. Sejarahnya terbentuk terutamanya daripada penjajahan Amerika, penghambaan, perang-perang pengaruh antara empayar penjajah Eropah, evolusi aktiviti pertanian, peletusan Gunung Berapi Pelée pada 1902, bencana berkaitan suhu, dan juga tuntutan kemerdekaan moden.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Martinique adalah kawasan monojabatan (atau Kawasan dan Jabatan pada masa yang sama). Pulau ini terbahagi kepada 4 arrondissement, 34 komun dan 45 kanton.

Martinique dengan Guadeloupe, yang terletak kira-kira 150 km ke utara, dan Guiana Perancis yang terletak di bahagian utara Amerika Selatan membentuk jabatan-jabatan Perancis Amerika (DFA). Kawasan Martinique juga merupakan kawasan-kawasan terluar Kesatuan Eropah.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Region Perancis