Inka Qhapaq

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Patung Inka Qhapaq Pachacuti di medan utama Aguas Calientes, Peru

Inka Qhapaq ("Inca berkuasa"), juga dikenali sebagai Apu ("Dewa"), Sapa Inca ("Inca Agung"), atau cuma Sapa ("Yang Agung") ialah pemerintah Negara Beraja Cusco dan kemudian, Maharaja Empayar Inca (Tawantinsuyu). Asal-usul jawatan ini penuh mitos dan berkait dengan pengasasan legenda bandar Cusco namun dari segi sejarah muncul sekitar 1100. Jawatan ini mengikut keturunan, dengan anak lelaki mewarisi bapanya.

Terdapat dua dinasti yang diketahui, dipimpin oleh moieti Hanan dan Hurin. Sapa Inca rasmi terakhir ialah Atahualpa, yang dihukum mati oleh orang Sepanyol pada 1533, walaupun beberapa pewarisnya kemudian menuntut gelaran tersebut.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]