Maharaja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Perkataan Mahāraja (juga dieja maharajah) ialah perkataan Sanskrit bagi "raja agung" atau "raja tinggi" (karmadharaya dari perkataan mahānt "agung" dan raja). Disebabkan pengaruh besar Sanskrit pada perbendaharaan kata kebanyakan bahasa di India dan Asia, istilah 'maharaja' adalah biasa bagi kebanyakan bahasa moden di India, seperti bahasa Hindi, Oriya, Punjabi, Bengali, Gujrati, dll. Kegunaan utamanya bagi pemerintah Hindu (pemerintah atau raja). Gelaran bagi wanita adalah Maharani (atau Maharanee) mewakili sama ada isteri Maharaja atau, di negeri di mana ia adalah adat, wanita yang memerintah sendiri. Balu maharajah dikenali sebagai Rajmata.[1] Istilah Maharaj mewakili perpisahan antara jabatan bangsawan dan keagamaan, sungguhpun sebenarnya akhiran Hindi 'a' pada Maharaja adalah bisu menjadikan kedua gelaran hampir sebunyi ("homofon").

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Sumber dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Royal Families & Palaces of Gujarat oleh Doctor Hansdev Patel. Diterbitkan oleh Windsor & Peacock Limited and Dr. Patel pada 1998. ISBN 1-900269-20-1.