Insiden roket Norway

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Insiden roket Norwegian, atau dikenali sebagai Black Brant scare, berlaku pada 25 Januari 1995, apabila pasukan saintis dari Norway dan Amerika Syarikat telah melancarkan roket Black Brant XII empat peringkat dari Andøya Rocket Range di luar pantai barat laut Norway. Roket itu, yang membawa peralatan saintifik bagi mengkaji aurora borealis dari Svalbard, terbang pada kedudukan trajektori tinggi, termasuk koridor udara daripada Minuteman-III silo peluru berpandu di North Dakota, ke ibu negara Rusia iaitu Moscow.

Semasa penerbangan itu, roket itu telah mencecah ketinggian altitud 1,453 kilometer (903 bt), yang telah menyamai ketinggian Trident peluru berpandu milik Tentera Laut Amerika Syarikat. Kesan daripada itu, pasukan nuklear Rusia diletakkan dalam keadaan amaran penuh, dan beg pelancar nuklear telah dibawa ke presiden Rusia Boris Yeltsin, kemudian dia ialah orang yang membuat keputusan samada mahu melancarkan serangan nuklear ke atas Amerika Syarikat.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Insiden roket Norway adalah salah satu dari ketegangan nuklear Perang Dingin yang berlaku empat tahun selepas berakhirnya Perang Dingin. Walaupun insiden ini tidak berapa diketahui seperti Krisis Peluru Berpandu Cuba pada Oktober 1962, kejadian pada tahun 1995 ini dianggap orang ramai sebagai kejadian yang lebih teruk daripada itu. Kejadian 1995 berlaku dalam pengakhiran Perang Dingin, di mana rakyat Rusia ketika itu masih mencurigai Amerika Syarikat dan juga NATO. Sebaliknya, kejadian Krisis Peluru Berpandu Cuba pada Oktober 1962 telah membuatkan kedua-dua negara itu lebih bersedia jika sebarang insiden yang sama berulang.

Pengesanan[sunting | sunting sumber]

Apabila rokat Black Brant XII sudah mencapai altitud yang tinggi, ia telah dikesan oleh radar pasukan Rusia. Operator radar itu menganggap itu sebagai salah satu misil yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat kerana kelajuan dan corak penerbangan sama seperti misil Trident milik Tentera Laut Amerika Syarikat yang telah menyebabkan salah faham di kalangan tentera Rusia yang menganggap roket itu adalah serangan yang dilancarkan oleh kapal selam Amerika Syarikat.

Tindak Balas[sunting | sunting sumber]

Kejadian ini menyebabkan pihak tentera berada dalam keadaan amaran penuh dan pihak tentera telah memaklumkan perkara itu Presiden Rusia Boris Yeltsin, dan beg pelancar nuklear atau lebih dikenali sebagai Cheget telah diberikan kepada Presiden Boris Yeltsin. Buat pertama kalinya, Presiden Boris Yeltsin telah mengaktifkan kata kunci nuklear-nya. Tiada amaran telah disampaikan kepada rakyat Rusia pada ketika itu dan hanya diketahui seminggu kemudian selepas media tempatan melaporkannya.

Hasil dari amaran itu, kapal selam Rusia diarahkan bersedia untuk sebarang serangan nuklear.

Selepas beberapa ketika, pemerhati dari pasukan Rusia dapat mengesahkan bahawa roket itu sudah mula keluar dari ruang udara Rusia dan bukan lagi satu ancaman kepada mereka. Roket itu kemudiannya mendarat ke bumi seperti yang dirancang, 24 minit setelah dilancarkan.

Kejadian ini adalah kali pertama dan hanya insiden yang dimana beg pelancar nuklear itu diaktifkan dan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk dilancarkan.

Pemberitahuan insiden[sunting | sunting sumber]

Saintis dari Norway dan Amerika Syarikat itu telah memaklumkan kepada tiga puluh negara termasuk Rusia tentang niat sebenar mereka yang hanya mahu melakukan penyelidikan dari altitid tinggi, akan tetapi, informasi itu tidak disampaikan kepada operator radar tersebut. Disebabkan oleh insiden itu, protokol pengesanan itu telah dirombak semula.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]