Ip Man

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ip Man
Kelahiran1 Oktober 1893
Meninggal dunia1 Disember 1972(1972-12-01) (umur 79)
Sebab kematianKanser Leher
WarganegaraChina
Nama lainYip Man
Yip Kai-man
Ye Wen
PekerjaanSeni bela diri
GayaWushu: Wing Chun
PasanganCheung Wing-sing

Ip Man (1 Oktober 1893 - 1 Disember 1972) atau juga dikenali sebagai Yip Man ataupun Yip Kai-man adalah seorang pengamal seni bela diri China yang pertama mengajar Wing Chun secara terbuka. Beliau mempunyai beberapa murid yang menjadi guru seni bela diri iaitu Kwok Fu, Lun Kai, Ip Chun, Ip Ching, Leung Sheung dan juga Bruce Lee.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Ip Man lahir di Foshan, Guangdong pada tahun 1893 semasa pemerintahan Kaisar Guangxu, Dinasti Qing. Beliau merupakan anak ketiga dari empat adik-beradik yang dilahirkan dari pasangan Ip Oi dan Ng Shui. Abang dan Kakaknya bernama Ip Kai Gak dan Ip Wan Hum. Ip Man dibesarkan dalam keluarga yang kaya dan mendapat pendidikan yang tinggi.

Ketika Ip Man berumur 7 tahun dia mula belajar Wing Chun dari Chan Wah-sun. Kerana umur gurunya yang sudah tua, Ip Man lebih banyak belajar ilmu dari Wu Chung-sok iaitu Senior kedua dalam satu perguruan. Setelah tiga tahun Ip Man mempelajari Wing Chun, gurunya Chan Wah-sun meninggal dunia.

Ketika umur 16 tahun, Ip Man pindah ke Hong Kong dengan bantuan kawannya Leung Fut-ting. Satu tahun kemudian, Ip Man melanjutkan pelajaran di sekolah tinggi St. Stephen's di Hong Kong yang merupakan sekolah untuk orang yang kaya dan orang asing yang menetap di Hong Kong. Menurut kedua anaknya, Ip Ching dan Ip Chun, ketika di Sekolah St. Stephen, Ip Man turut masuk campur selepas melihat polis asing memukul seorang wanita. Pengawai polis itu mencuba untuk menyerang Ip Man yang menggunakan seni bela dirinya untuk menjatuhkan polis itu dan kemudian berlari ke sekolah dengan kawan sekelasnya.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Batu nisan Ip Man di Hong Kong

Pada tarikh 2 Disember 1972, Ip Man meninggal dunia di unit 149 Tung Choi Street di Hong Kong kerana menderita penyakit kanser leher.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]