Ivan I dari Rusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ivan I Danilovich Kalita

Ivan I Danilovich Kalita (128831 Mac 1340; bahasa Rusia: Ива́н I Дани́лович Калита), juga digelarkan Ivan si Beg Duit, ialah Putera Moscow (1325 - 1328), Grand Prince Vladimir (dari 1328), dan anak lelaki Daniil Aleksandrovich (Putera Moscow).

Selepas pembelotan Tver ke Lithuania, Khan Muhammad Ozbeg dari Angkatan Kencana terpaksa berharap pada Ivan sebagai vasal Rusianya yang terutama. Ivan menjadi pemungut cukai Mongolia yang terutama dan menjadikan diri dan Moscow amat kaya melalui pemeliharaan kesetiaan kepada Angkatan Kencana. Oleh itu, beliau memperoleh nama samaran, Kalita, yang bermaksud "beg duit".

Ivan mempergunakan kekayaan ini untuk memberikan pinjaman kepada kerajaan-kerajaan Rusia yang berjiran. Bandaraya-bandaraya itu beransur-ansur hutang sekeliling pinggang dan keadaan ini membenarkan waris-waris Ivan untuk mengilhakkan kawasan-kawasan mereka.

Bagaimanapun, kejayaan Ivan yang terunggul adalah untuk meyakinkan Khan di Saray supaya membenarkan anak sulungnya mewarisinya sebagai Grand Prince Vladimir. Sejak masa itu, jawatan yang terpenting in hampir selalu dijawat oleh keluarga pemerintah Moscow.



Penyandang Terdahulu Grand Prince Moscow
13251340
Penyandang Kemudian
Yuri
Simeon