Jabatan seberang laut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Jabatan seberang laut (Bahasa Perancis: département d’outre-mer atau DOM) ialah jabatan Perancis yang terletak di luar Perancis metropolitan. Jabatan-jabatan ini mempunyai status politik yang sama dengan jabatan metropolitan.

Di bawah Perlembagaan Republik Keempat 1946, koloni Perancis Algeria[1] di Afrika Utara (merdeka sejak 1962), Guadeloupe dan Martinique di Caribbean, Guiana Perancis di Amerika Selatan, dan Réunion di Lautan India ditakrifkan sebagai jabatan seberang laut.

Berikutan undian ya dalam pungutan suara yang diadakan pada 29 Mac 2009, kelompok seberang laut Mayotte telah menjadi jabatan seberang laut dari 2011.[2]

Lima Jabatan Seberang Laut[sunting | sunting sumber]

Setiap jabatan tersebut juga merupakan kawasan Perancis jabatan tunggal, atau disebut sebagai 'kawasan seberang laut' sejak penyemakan semula perlembagaan Perancis pada 2003. Lima jabatan seberang laut tersebut dengan nombor jabatan mereka adalah :

  • 971 : Guadeloupe (di mana pada 2007 telah dipisahkan kepulauan Saint-Barthélemy dan Saint-Martin yang dahulunya merupakan sebahagian "arrondissement" Guadeloupe) ;
  • 972 : Martinique ;
  • 973 : Guiana Perancis - lain daripada Guyana, yang dahulunya dipanggil Guyana Inggeris ;
  • 974 : Réunion.
  • 976 : Mayotte (yang belum lagi kawasan Perancis, tetapi telah menjadi jabatan Perancis selepas pengajian semula perlembagaan.)

Mayotte, yang dahulunya merupakan kelompok seberang laut, telah menjadi jabatan seberang laut kelima pada 31 Mac 2011, berikutan persetujuan dalam pungutan suara pada 29 Mac 2009 oleh 95.2 % penduduk Mayotte.

Status Perundangan[sunting | sunting sumber]

Di kawasan jabatan tunggal ini, prinsip penyerapan perundangan dilaksanakan (undang-undang dan peraturan Perancis dilaksanakan sepenuhnya) walaupun beberapa pengecualian dapat dibuat berdasarkan sifat dan had-had tertentu kelompok tersebut.[3].

Konteks Eropah[sunting | sunting sumber]

Dalam Kesatuan Eropah, jabatan-jabatan seberang laut memegang status kawasan-kawasan di luar Kesatuan Eropah.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Israel in Search of a War: The Sinai Campaign, 1955-1956, m/s 39, Moti Golani, Avi Shlaim, Sussex Academic Press 1998
  2. Mayotte backs French connection, BBC. Dicapai 2 April 2009.
  3. Découvrir l'Outre-Mer, laman web Kementerian Seberang Laut, dalam bahasa Perancis.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]