Jamaludin Alias

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jamaludin Alias
Kelahiran(1937-02-16)16 Februari 1937
Meninggal dunia22 April 2022(2022-04-22) (umur 85)
Kuala Lumpur, Malaysia
PekerjaanPengulas sukan, penyanyi
Tahun aktif1960–2022
Terkenal kerana
  • Pengulas sukan RTM
  • Lagu "Inilah Barisan Kita"
PasanganUmi Kalsom Othman (sehingga kematiannya)
Anak-anak3

Jamaludin Alias (16 Februari 1937 – 22 April 2022) merupakan seorang pengulas sukan dan penyanyi lelaki Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagai pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan juga terkenal sebagai penyanyi lagu patriotik "Perajurit Tanah Air (Inilah Barisan Kita)".[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Jamaludin dilahirkan di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 16 Februari 1937.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau telah bertugas di Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama 30 tahun, dari 1962 hingga 1992 dan pernah menyertai dan menjuarai Bintang Radio 1961[3] serta menerima hadiah disampaikan oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.[2]

Sebagai pengulas sukan, Jamaludin seangkatan dengan Rahim Razali, Hasbullah Awang, Dzulkarnain Hassan dan Aziz Ibrahim. Individu yang mula mengesan bakatnya dalam kerjaya pengulas sukan ialah Amran Hamid. Beliau juga pernah bertugas di Sukan SEA Jakarta 1979, Sukan SEA Manila (1991), Sukan Asia Jakarta (1962) dan New Delhi (1982) dan Sukan Olimpik Barcelona (1992). Selain itu, beliau pernah membuat liputan secara langsung Piala Asia 1980 di Kuwait dan Hoki Piala Dunia di Bombay pada 1982.[2]

Dalam kerjaya muziknya, Jamaluddin dikenali sebagai penyanyi lagu patriotik, "Perajurit Tanah Air" yang juga dikenali dengan tajuk "Inilah Barisan Kita" hasil nukilan Saiful Bahri Ilyas. Lagu ini kerap dinyanyikan untuk penyokong pasukan negara di stadium terutama dalam perlawanan bola sepak, badminton dan hoki.[2]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Jamaluddin meninggal dunia pada 22 April 2022 akibat sakit tua pada usia 85 tahun.[4][5][6] Beliau meninggalkan isteri, Umi Kalsom Othman, 3 anak dan 5 cucu.[2][7] Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 3, Kota Damansara.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Jamaludin Alias terkejut 'Barisan Kita' inspirasikan Barisan Depan Covid". Bebas News. 7 Mei 2020. Dicapai pada 5 September 2021.
  2. ^ a b c d e Zaidi Mohamad (22 April 2022). "Penyanyi lagu Barisan Kita meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 5 September 2022.
  3. ^ "Jamaluddin Alias tewas, kalah kprl Mustaffa Yon dari Melaka". Berita Harian. 7 Disember 1962. m/s. 2. Dicapai pada 6 September 2018.
  4. ^ "Bekas pengulas sukan RTM, Jamaludin Alias meninggal dunia". Free Malaysia Today. 22 April 2022. Dicapai pada 6 September 2022.
  5. ^ "Singer of 'Perajurit Tanah Air' dies at 85" (dalam bahasa Inggeris). Free Malaysia Today. 22 April 2022. Dicapai pada 6 September 2022.
  6. ^ Abdul Hafiz Ahmad (22 April 2022). "Jamaludin Alias, bekas pengulas sukan dan penyanyi patriotik 'Barisan Kita' meninggal dunia". Bebas News. Dicapai pada 3 Oktober 2022.
  7. ^ Mumtaj Begum (22 April 2022). "Jamaludin Alias, 'Perajurit Tanah Air (Inilah Barisan Kita)' singer, passes away at 85" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 5 September 2022.
  8. ^ "'Inilah Barisan Kita' singer and RTM sports commentator Jamaludin Alias dies" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 22 April 2022. Dicapai pada 5 September 2022.