Saiful Bahri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Saiful Bahri
Kelahiran
Saiful Bahri bin Ilyas

(1924-09-19)19 September 1924
Meninggal dunia26 Disember 1976(1976-12-26) (umur 52)
DikebumikanTPU Tanah Kusir
WarganegaraIndonesia
Nama lainSurya Buana, Sjaiful Bachri
Pusat pendidikanINS (Indonesisch Nederlansche School) Kayutanam
PekerjaanKomposer, penggubah lagu
Terkenal kerana"Melaka Maju Jaya", "Duli Yang Maha Mulia", Tiga Dara, "Negaraku"
PasanganNoraini Ahmad (1967–1976; kematiannya)
Anak-anak5
AnugerahAnugerah Citra

Saiful Bahri Ilyas (19 September 1924 – 26 Disember 1976) merupakan seorang komposer dan pencipta lagu Malaysia-Indonesia yang berkewarganegaraan Indonesia, yang aktif di kedua-dua negara ini pada 1950-an dan 1960-an.[1] Beliau menulis dan menggubah Melaka Maju Jaya, lagu tema negeri Melaka, dan menulis lagu Duli Yang Maha Mulia, lagu tema negeri Selangor.[2] Beliau juga paling dikenali sebagai pencipta lagu kebangsaan Malaysia, "Negaraku".[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Payakumbuh, Sumatera Barat, Hindia Timur Belanda (kini Indonesia).

Beliau mendapat pendidikan di INS Kayutanam, sekolah zaman penjajahan untuk Bumiputera, di mana beliau mengasah bakatnya dalam bidang muzik. Pada tahun 1941, Saiful Bahri berpindah ke Jakarta, dan menjadi pemain violin untuk Orkestra Studio Jakarta (OSD). Dari 1950 sehingga 1960, beliau menjadi konduktor untuk Orkestra.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1956, beliau menggubah runut bunyi untuk filem Tiga Dara arahan Usmar Ismail. Beliau memenangi Anugerah Citra di Festival Filem Indonesia 1960 untuk Runut Bunyi Terbaik.[4]

Pada tahun 1963, semasa konfrontasi Indonesia-Malaysia, beliau berhijrah ke Malaysia.[5] Beliau bekerja untuk Orkestra Radio Malaya (kini Orkestra RTM) dan Filem Negara Malaysia. Semasa tempoh ini dalam kehidupannya, beliau menggunakan nama samaran Surya Buana.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia di Tokyo, Jepun pada 26 Disember 1976 semasa berkhidmat untuk Filem Negara Malaysia.[6] Jenazahnya dibawa pulang ke Jakarta, dan disemadikan di Perkuburan Awam Tanah Kusir.[1] Beliau meninggalkan isteri, Noraini Ahmad dan 5 anak. Isterinya, Noraini meninggal dunia pada 21 Disember 1999.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Mengenal Saiful Bahri, Pencipta Lagu di Film Tiga Dara
  2. ^ Kenanglah jasa Saiful Bahri, Mohamed Hamzah
  3. ^ "Saiful Bahri, pencipta lagu kebangsaan Malaysia". Sinar Harian. 19 Ogos 2019. Dicapai pada 20 Ogos 2019.
  4. ^ "Mengenal Saiful Bahri, Pencipta Lagu di Film Tiga Dara". Bisnis Indonesia. Dicapai pada 2017-12-17.
  5. ^ Saidah Rastam, Rosalie and Other Love Songs, Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre, 2017, 2nd ed.: 225–235
  6. ^ Ashari, Amirul Haswendy (2018-09-06). "'Dah berpuluh tahun menunggu'". HM Online. Dicapai pada 2020-05-08.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]