Jambatan Kereta Api Tay

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jambatan Kereta Api Tay ialah jambatan yang menghubungkan landasan kereta api utama di Muara Tay di Scotland, antara kota Dundee dan pinggir bandar Wormit di Fife. Kepanjangannya ialah 2.75 batu (4.43 km).

Strukturnya yang sekarang adalah yang kedua dibina di tapak yang sama.

Sedari 1854, sudah ada rancangan cara untuk menyeberangi Tay, menggantikan cara menaiki kereta api kemudian menaiki feri untuk ke seberang. Jambatan pertama telah dibuka pada tahun 1878 dengan reka bentuk kekisi berlandasan tunggal, yang terkenal dengan keringanannya dan kos yang rendah. Namun ia tiba-tiba runtuh dalam keadaan angin kencang pada 28 Disember 1879 yang menjadi salah satu bencana kejuruteraan terburuk dalam sejarah. Penyebabnya masih lagi menjadi perdebatan sehingga ke hari ini.

Jambatan kedua pula ialah binaan dwi-landasan daripada besi dan keluli, dibuka pada tahun 1887 dan masih dalam perkhidmatan. Pada tahun 2003, sebuah projek bagi menguatkan dan menggilap semula jambatan ini telah diiktiraf dalam sebuah anugerah terkemuka atas skala dan kesukaran kerja-kerjanya.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.