Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha
Koordinat4°52′35″N 114°56′59″E / 4.8765°N 114.9498°E / 4.8765; 114.9498Koordinat: 4°52′35″N 114°56′59″E / 4.8765°N 114.9498°E / 4.8765; 114.9498
Membawakenderaan bermotor, pejalan kaki
MenyeberangiSungai Brunei
LokasiBandar Seri Begawan, Brunei
Nama lainJambatan Sungai Kebun
PenyelenggaraJabatan Kerja Raya
Ciri-ciri
Reka bentukjambatan kabel penahan
Panjang keseluruhan622 m (2,041 ka)
Tinggi157 m (515 ka)
Rentangan terpanjang300 m (984 ka)
Sejarah
Dibina olehKorea Selatan Daelim
Brunei Swee
Kos pembinaan{{currency}} – invalid amount (help)
Dirasmikan14 Oktober 2017 (2017-10-14)
Lokasi
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (disingkat sebagai Jambatan RIPAHS), biasanya dikenali sebagai Jambatan Sungai Kebun, ialah sebuah jambatan kabel penahan yang menghubungkan Pusat Bandar dan Kampung Sungai Kebun di Bandar Seri Begawan, Brunei. Ianya dinamakan dari KDYMM Raja Isteri Saleha, raja isteri (permaisuri) kepada Sultan Brunei semasa iaitu KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah. Jambatan ini merupakan jambatan kabel penahan yang pertama di Brunei.[1] Jambatan ini dibuka rasmi pada 14 Oktober 2017.[2][3] Jambatan ini merupakan jabatan kabel penahan pilon tunggal yang kedua terpanjang di dunia.[2]

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Jumlah panjang bagi jambatan ini ialah 622 meter (2,041 kaki) dan rentangan utama ialah 300 meter (984 kaki).[4] Ia ialah jambatan kabel penahan dengan satu menara dengan ketinggian 157 meter (515 kaki).[5][2] Di puncak menara terdapat sebuah kubah Islam dengan diameter 8.7 meter (29 kaki) dan mempunyai berat 9.5 tan.[5][2] Menara tersebut telah menjadi struktur yang paling tinggi di Brunei.[5] Jambatan ini juga dilaporkan sebagai jambatan kedua terpanjang di dunia bagi jenis kabel penahan yang mempunyai pilon tunggal.[2] Pada jambatan tersebut terdapat jalan raya berkembar dengan persilangan bertingkat pada kedua-dua hujung jambatan, serta lorong pejalan kaki.[6]

Di dasar menara terdapat sebuah pulau berbentuk bulan sabit dan padanya dibina sebuah bangunan kecil, yang dirancang untuk menjadi sebuah galeri.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Projek pembinaan jambatan ini merupakan salah satu projek Rancangan Kemajuan Negara Ke-10 (RKN10) di bawah Kementerian Pembangunan. Pembinaan bermula pada Jun 2013 dan majlis pecah tanah diadakan pada 16 Januari 2014, yang mana ia dirasmikan oleh DYTM Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah.[4] Ia merupakan usaha sama antara syarikat Korea Selatan Daelim dan syarikat tempatan Swee, yang mengambil masa dalam tiga tahun dengan kos 139 juta Ringgit Brunei (AS$100 juta pada Oktober 2017).[7][8][2][4][2][9]

Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha mula dibuka secara percubaan untuk orang awam pada 2 Oktober 2017.[10][6] Pada 14 hari bulan dalam bulan yang sama, ia akhirnya dirasmikan dalam majlis gilang-gemilang sebagai sebahagian daripada perayaan sambutan Jubli Emas KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah menaiki takhta pada 5 Oktober 2017, dengan pameran bunga api oleh Howard & Sons, Hunan Dream Fireworks dan Liuyang Intently Fireworks, serta perarakan perahu dan kapal berhias.[11][1][12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha Bridge inaugurated – Borneo Bulletin Online". Borneo Bulletin Online (dalam bahasa Inggeris). 2017-10-15. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-15. Dicapai pada 2018-05-21.
  2. ^ a b c d e f g "Brunei's landmark bridge opens, heralds new era of development - The Scoop". The Scoop (dalam bahasa Inggeris). 2017-10-14. Dicapai pada 2018-05-21.
  3. ^ "Temburong Bridge to be completed by 2019 end | Borneo Bulletin Online". Borneo Bulletin Online (dalam bahasa Inggeris). 2017-03-15. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-19. Dicapai pada 2018-05-21.
  4. ^ a b c DAELIM. "Read - Civil Works | DAELIM |". www.daelim.co.kr (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-05-21. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ a b c DAELIM. "Read - News | DAELIM". www.daelim.co.kr (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-05-21.
  6. ^ a b "Motorists eager to drive across new Sungai Kebun bridge - The Scoop". The Scoop (dalam bahasa Inggeris). 2017-10-03. Dicapai pada 2018-05-21.
  7. ^ "Daelim Industrial to Build Sungai Brunei Bridge in Brunei | Korea IT Times". m.koreaittimes.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-05-21.
  8. ^ "Swee Sdn Bhd - Brunei - Construction Bridge - Bobby Chua". The Business Report (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-05-21.
  9. ^ "XE: Convert BND/USD. Brunei Darussalam Dollar to United States Dollar". www.xe.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-10-15.
  10. ^ "Trial opening of new Sungai Kebun Bridge – Borneo Bulletin Online". Borneo Bulletin Online (dalam bahasa Inggeris). 2017-10-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-15. Dicapai pada 2018-05-21.
  11. ^ "Opening of Sungai Kebun Bridge, the Decorated Floats and Boats Procession and Fireworks Display | Brunei's No.1 News Website". www.brudirect.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-05-21.
  12. ^ "Pyrotechnic marvel to illuminate bridge launch – Borneo Bulletin Online". Borneo Bulletin Online (dalam bahasa Inggeris). 2017-10-14. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-15. Dicapai pada 2018-05-21.