Sungai Brunei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sungai Brunei adalah sungai yang mengalir melalui Brunei[1] dan mengalir ke Teluk Brunei ke arah Timur Laut. Istana Nurul Iman, kediaman rasmi Sultan Brunei, tersergam ditebingnya. Sungai Brunei merupakan sungai utama terpendek di Brunei Darussalam. Kawasan penem[atan tradisi Brunei Darussalam, Kampong Ayer terletak di pinggir sungai ini. Bandar Seri Begawan, ibu negara Brunei Darussalam, juga terletak dipinggir sungai ini. Bahagian ulu sungai ini merupakan sumber air bersih penting bagi bahagian barat negara Brunei.

Brunei memiliki sejarah marin yang panjang. Kesultanan Brunei pernah mengawal keseluruhan Borneo, termasuk sebahagian Filipina dan Indonesia. Hutan tebal di daerah ini bererti kaedah pengangkutan dan perhubungan adalah melalui bot. Ini mendorong pada penempatan tradisi dibina berhampiran sungai dan laluan air. Laluan air ini memberikan pengangkutan mudah melalui persekitaran hutan tebal, dan bekalan makanan.

Pada 2006 Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi Brunei (Jastre) memulakan kempen membersihkan Sungai Brunei. Sejumlah $3.9 juta telah diperuntukkan bagi projek pembersihan tersebut, sebagai tambahan pada $90,000 bagi pengumpulan sampah dari rumah ke rumah.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]