Pengguguran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pengguguran (bahasa Inggeris: abortion) merupakan penyingkiran atau pengeluaran embrio atau fetus dari uterus ibu , dan mengakibatkan kematian embrio atau fetus itu. Proses ini mungkin berlaku secara spontan (keguguran), atau secara aruhan oleh seorang pakar perubatan.

Aspek undang-undang dan moral pengguguran aruhan merupakan isu kontroversi di seluruh dunia. Pergerakan pro-pilihan menegaskan hak wanita untuk memilih sama ada untuk menggugurkan bayinya, manakala pro-hidup menentang pengguguran sebagai bentuk pembunuhan dan melanggar prinsip-prinsip moral.

Definisi[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan istilah-istilah perubatan untuk mengkategorikan pengguguran:

  • Pengguguran spontan (keguguran): Kematian atau penyingkiran bayi dari rahim akibat trauma tak sengaja atau sebab semula jadi. Keguguran sebegini boleh disebabkan replikasi kromosom tak betul, atau faktor persekitaran lain.
  • Pengguguran aruhan Pematian atau penyingkiran bayi dari rahim yang dilakukan dengan sengaja oleh manusia sendiri. Pengguguran seperti ini boleh dikategorikan kepada:
    • Pengguguran terapeutik: Pengguguran yang dilakukan bagi:
      • Menyelamatkan nyawa wanita yang hamil
      • Memelihara kesihatan fizikal atau mental wanita
      • Menghentikan kehamilan yang akan melahirkan bayi yang mempunyai gangguan kongenital yang membawa maut atau keadaan tak sihat yang teruk
      • Mengurangkan jumlah fetus secara berpilih, untuk mengurangkan risiko kesihatan yang berkaitan dengan kemahilan berganda
    • Pengguguran elektif: Pengguguran untuk sebab-sebab lain.

Perkataan "pengguguran" sendiri selalunya dikaitkan dengan pengguguran aruhan.

Kejadian[sunting | sunting sumber]

Histogram pengguguran di UK mengikut umur hamil pada 2004.

Kekerapan serta sebab-sebab pengguguran bayi berbeza di seluruh dunia mengikut rantau. Kira-kira 46 juta pengguguran dilakukan di seluruh dunia setiap tahun. Dalam itu, 26 juta merupakan pengguguran sah, manakala 20 juta yang lain itu melanggar undang-undang. Nisbah pengguguran dunia ialah 26 per 100 kehamilan diketahui.[1]

Carta palang tentang sebab-sebab pengguguran pada 1998.

Faktor peribadi dan sosial[sunting | sunting sumber]

Mengikut satu kajian tahun 1997, terdapat beberapa sebab wanita-wanita memilih untuk menggugurkan kandungan mereka, termasuk: keingingan menangguhkan atau menghentikan kegiatan melahirkan anak, kerisauan akan gangguan kehamilan terhadap pekerjaan atau pendidikan, isu kewangan, kestabilan perhubungan dengan pasangan, atau tanggapan ketidakmatangan.[2] Kajian di Amerika Syarikat pada 2004 menunjukkan bahawa 1% daripada wanita yang hamil adalah akibat perogolan dan 0.5% akibat sumbang mahram.[3] Satu lagi kajian pula menunjukkan bahawa 54% daripada wanita yang menggugurkan anak menggunakan kaedah pencegahan hamil.[4] Di United Kingdom, tinjauan yang dibuat pada 1994 menerangkan bahawa wanita yang menggugurkan anak sering berada dalam golongan sosial yang tinggi, ataupun bersekedudukan atau bercerai. Kajian itu juga menyatakan bahawa wanita yang mempunyai teman seks yang banyak mempunyai kadar pengguguran yang lebih tinggi berbanding dengan wnita yang mempunyai pasangan seks tunggal.[5]

Ada juga pengguguran yang berlaku akibat tekanan masyarakat. Hal ini termasuk diskriminasi terhadap orang kurang upaya, kecederungan menginginkan bayi jantina tertentu, keengganan atau ketidaksetujuan menjadi ibu tunggal, keadaan ekonomi yang tidak sesuai untuk melahirkan bayi baru, tidak mempunyai akses kepada keadah pencegahan hamil serta kawalan penduduk (seperti dasar anak tunggal di China).

Pengguguran tak selamat[sunting | sunting sumber]

Di negara sedang membangun di mana pengguguran adalah tidak sah, wanita kadangnya terpaksa menggunakan prosedur pengguguran aruhan sendiri. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menggangarkan bahawa 19 juta pengguguran seperti ini berlaku di dunia setiap tahun dan boleh dikelaskan sebagai pengguguran tak selamat.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Henshaw, Stanley K., Singh, Susheela, & Haas, Taylor. (1999). The Incidence of Abortion Worldwide. International Family Planning Perspectives, 25 (Supplement), 30 – 8. Retrieved 2006-01-18.
  2. Bankole, Akinrinola, Singh, Susheela, & Haas, Taylor. (1998). Reasons Why Women Have Induced Abortions: Evidence from 27 Countries. International Family Planning Perspectives, 24 (3), 117-127 & 152. Retrieved 2006-01-18.
  3. Finer, Lawrence B., Frohwirth, Lori F., Dauphinee, Lindsay A., Singh, Shusheela, & Moore, Ann M. (2005). Reasons U.S. women have abortions: quantative and qualitative perspectives. Perspectives on Sexual and Reproductive Health, 37 (3), 110-8. Retrieved 18 January 2006.
  4. Jones, Rachel K., Darroch, Jacqueline E., Henshaw, Stanley K. (2002). Contraceptive Use Among U.S. Women Having Abortions in 2000-2001. Perspectives on Sexual and Reproductive Health, 34 (6). Retrieved June 15, 2006.
  5. Wellings, K., et al. (1994). Sexual Behaviour in Britain: The National Survey of Sexual Attitudes and Lifestyles. London, UK: Penguin Books.
  6. World Health Organization. (2004). Unsafe abortion: global and regional estimates of unsafe abortion and associated mortality in 2000. Retrieved 2006-01-12.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]