Jelajah Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Jelajah Malaysia merupakan perlumbaan basikal lebuh raya tertua di Malaysia dengan tawaran hadiah wang tunai RM 150,000. Jelajah Malaysia dianjurkan sejak 1963 lagi. Kini Jelajah Malaysia berstatus 2.2 oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Penganjur utama 2006 ialah syarikat swasta Ten Speed Event Sdn Bhd (TSE). TSE akan menaja perlumbaan ini selama 3 tahun. Ten Speed membayar yuran kepada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) sebanyak RM 20,000 setahun. Penaung Jelajah Malaysia ialah Menteri Belia dan Sukan.

2006[sunting | sunting sumber]

Jelajah Malaysia 2006 dilangsungkan sebanyak sembilan peringkat dari 18 hingga 26 November 2006 membabitkan laluan sejauh 1,375km meliputi Semenanjung Malaysia sahaja. Jelajah Malaysia ini bermula di Kuala Lumpur bergerak ke selatan, pantai timur dan kembali ke pantai barat sebelum berakhir di Putrajaya.

20 pasukan menyertai jelajah ini : 6 pasukan kelab, 3 pasukan tempatan dan pasukan-pasukan kebangsaan negara di Asia. Ia dimenangi oleh Mahdi Sohrabi dari Iran.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]