Jenis-jenis kepekakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jenis-jenis kepekakan adalah seperti berikut:-

  • Pekak Konduktif,
  • Pekak Sensorineural (saraf),
  • Pekak campur (mixed)
  1. Pekak Konduktif Melibatkan gangguan / halangan / kerosakkan bahagian telinga luar dan telinga tengah Telinga dalam berfungsi dgn baik dan dapat memproses dan menghantar bunyi melalui saraf pendengaran ke otak. Bunyi-bunyi tidak melalui (bypassed) bahagian luar / tengah telinga atau rangsangan berlaku melalui tulang mastoid. Getaran yg diterima terus merangsang cecair yg terdapat dalam telinga dalam tanpa melalui telinga luar atau tengah. Berlaku selepas lahir.
    1. Punca / sebab
      • Halangan di dlm saluran telinga luar: tahi teliga yang terlalu banyak (excessive wax) atau sekatan benda asing (foreign bodies).
      • Kemalangan : Kerosakkan gegendang telinga disebabkan tekanan yang terlalu kuat seperti bunyi letupan. Jolokan benda keras / tajam ke gegendang.
      • Jangkitan: Jangkitan kronik yg berlaku terhadap lapisan kulit telinga luar atau dalam telinga dikenali sbgi Otitis Externa & Otitis media). Otitis Externa disebabkan oleh jangkitan bakteria juga dinamakan 'swimmer's ear' yg biasa berlaku kepada perenang kerana air kerap terperangkap dlm salur telinga. Otitis Media disebabkan salur eustahian tersumbat akibat demam selsema, campak (measles), tonsillitis dan jangkitan dihidung dan tekak. - jangkitan ini menyebabkan salur eustachian tidak berfungsi seperti biasa disebabkan jangkitan & jangkitan yg serius boleh menyebabkan telinga tengah dipenuhi cecair & mengakibatkan kebocoran kepada gegendang telinga jika rawatan segera tidak diberi. - Sebab lain saluran eustachian bengkak / tersumbat kerana demam menyebabkan ketidakseimbangan tekanan udara di luar & dalam telinga. Ini mengakibatkan gegendang telinga akan tertekan ke dalam & menyebabkan gegendang tidak dapat bergetar dgn bebas.

Otosklerosis (otosclerosis) ketumbuhan tetulang halus pada stapes: - ketumbuhan tetulang halus pada dinding telinga tengah berlaku awal remaja hingga awal 30an. - Kehilangan pendengaran berlaku kerana tulang stapes yang melekat pada jendela bujur tidak dapat bergerak disebabkan berlakunya ketumbuhan tetulang di sekelilingnya. - Pada peringkat awal kehilangan pendengaran mungkin kurang tetapi akan menjadi semakin teruk dan akhirnya penyakit ini boleh merebak ke telinga dalam dan menyebabkan kehilangan pendengaran konduktif kepada pekak bercampur. - Berlaku lebih kerap pada wanita (mengandung mungkin jadi penyumbang) - Keturunan - Berlakunya Tinnitus & sebabkan gangguan - Biasa bermula dari sebelah telinga dan kemudian kedua-dua telinga. - Kerap berlaku kepada kaum yang berkulit putih dari yang berkulit hitam. Otistis Media dan Otoslerosis adalah penyebab utama pekak konduktif.

b) Tanda-tanda Kehilangan pendengaran ringan & sederhana. Boleh mendengar sebahagian bunyi-bunyi pertuturan. Mendengar suara sendiri dan orang lain melalui tulang (bone coduction). Menguatkan suara atau bunyi yang hendak didengar. Pekak Sensorineural (Pekak Saraf). Kerosakan berlaku di teliga dalam & saraf pendengaran. Istilah sensorineural merujuk kepada kerosakan yang berlaku pada sensori yang melibatkan koklea atau saraf yang menjadi laluan ke otak. Berlaku sejak lahir & juga selepas lahir.

Punca /sebab

  • Berlaku semasa dlm kandungan: Jangkitan virus atau bakteria spt : - rubella / German measles kepada ibu yang mengandung pada 3 bulan pertama dalam kebanyakan kes. - Herpes simplex (penyakit kelamin), gonorrhea (perempuan) siplis / syphilis (lelaki). - Pengambilan dadah dan bahan yang mengandungi alkohol, aspirin, caffeine, cortisone, quinine & tranquillisiers. & pengambilan ubat-ubat spt: pil Thallidomide ( secara berlebihan ).
  • Semasa kelahiran: kurang berat badan (low birth weight). Anoxia (kekurangan oksigen). Jaundice.
  • Selepas lahir: Kemalangan teruk yg menyebabkan kerosakan koklea. Meningitis (demam yg teruk disebabkan selaput yang meliputi otak & tulang belakang) seperti meningococol merosakkan koklea / saraf. Bunyi bising (noise) yang sangat kuat & berterusan. Pengambilan bahan Ototoxic / ebahan beracun seperti dalam quinine dan antibiotiks spt. streptomycin, neomycin & kanamycin. Presbyacusis kehilangan pendengaran disebabkan ketuaan. Penyakit Meniere - kesan vertigo (pening yg teruk), tinnitus (berdesing) ringging or buzzing sound in the ear & pendengaran berkurangan. iv) keturunan / hereditary: jika ibu atau bapa membawa gen dominan (pekak) risiko untuk mempunyai anak yang pekak sensorineural ialah 50% manakala pembawa gen resesif adalah 25%.

Tanda-tanda Kehilangan pendengaran yg teruk (severe) & sangat teruk (profound) Tidak boleh mendengar bunyi-bunyi pertuturan langsung. Hanya mendengar bunyi-bunyi yang kuat saja.


3. Pekak bercampur (mixed loss) Pekak bercampur berlaku hasil dari kedua-dua faktor iaitu kerosakan yang berlaku dalam pekak konduktif dan sensorineural.